Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Kacang Mazola Ranggup

Resepi Biskut Kacang Mazola Ranggup

Musim perayaan sudah dekat. Zaman sekarang kalau hari raya tidak ada biskut sebagai juadah memang tidak lengkap. Ada yang rajin membuat biskut sendiri tidak kurang juga yang hanya tunjuk sahaja guna jari. Kami kongsikan dengan anda resepi biskut kacang mazola.

resepi biskut kacang mazola
Biskut kacang mozala antara aneka biskut yang perlu ada di hari raya

Apa yang penting dalam membuat biskut selain dari sedap adalah caranya yang mudah tidak rumit dan paling utama adalah bahan-bahan yang tidak tinggi kosnya. Tapi selalunya jika buat sendiri memang kurang kos dan dapat lebih banyak dari membeli.

Bahan Biskut Kacang Mazola

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti dibawah.
2 Cawan Serbuk Kacang / Kacang Tanah
2 Cawan Tepung Gandum
3/4 Cawan Gula Kastor
Sedikit Garam
Minyak Jagung Mazola
Telur Kuning

Cara Membuat Biskut Kacang Mazola

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menggoreng kacang tanpa kulit sehingga separuh garing tanpa minyak kemudian dikisar. Selepas kacang dikisar masukkan tepung, kacang, gula dan garam ke dalam bekas dan gaul sebati.

Selepas digaul sebati, masukkan minyak jagung mazola sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Canaikan doh dan tekap dengan acuan kemudian susun dalam loyang. Kemudian sapukan kuning telur diatas setiap doh yang telah ditekap.

Langkah terakhir adalah membakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10-15 minit. Siap sudah resepi biskut kacang mazola yang ranggup dan sedap. Mudahkan caranya. Selamat mencuba dan jadikan juadah hari raya anda lebih bermakna dengan berbagai aneka biskut.

Boleh juga cuba Biskut Mentega Kacang ini.

(Visited 1,130 times, 11 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *