Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Mentega Kacang Rangup

Resepi Biskut Mentega Kacang Rangup

Resepi Biskut Mentega Kacang Rangup. Selalunya kita sapu mentega kacang atas roti atau biskut je kan. Apa itu mentega kacang? Ala takkan tak tahu apa tu mentega kacang yang orang putih panggil ‘Peanut Butter’. Hah tau kan. Amboi sebut peanut butter je semua angguk-angguk.

Bosan la kalau mentega kacang tu sekadar untuk sapuan atas roti je, apa kata kita jadikan ia bahan utama untuk resipi kita. Raya dah nak dekat tu, sementara belum bulan puasa ni, bolehlah cuba buat Biskut Mentega Kacang Rangup ni untuk minum petang. Kalau sedap, boleh buat untuk raya pula.

Resepi Biskut Mentega Kacang
Biskut Mentega Kacang

Resepi Biskut Mentega Kacang Rangup
Bahan-bahan yang anda perlu ada, kalau tidak ada bagaimana hendak masak.
300g Mentega Kacang
300g Mentega
180g Gula Kastor
450g Tepung Gandum
50g Tepung Jagung

Cara Membuat Biskut Mentega Kacang
1) Pukul mentega kacang, mentega dan gula sehingga sebati.
2) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
3) Uli sehingga menjadi doh.
4) Bentukan doh menjadi bebola kecil dan susun di atas tin pembakar. Jarakkan antara satu sama lain.
5) Basahkan garfu dan tekan di atas doh.
6) Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 15 minit. (Jangan lupa untuk panaskan ketuhar terlebih dahulu)

Selamat mencuba, semoga berjaya membuat biskut mentega kacang rangup untuk hidangan sesisi keluarga dan tetamu.

(Visited 549 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *