Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau hendak dikirakan berbagai jenis biskut yang ada. Jika yang jenis suka membeli sudah pasti rambang mata. Bagi yang memang suka buat sendiri anda boleh cuba resepi biskut semperit ini.

resepi biskut semperit
Biskut Semperit untuk hidangan hari raya

Biskut semperit adalah antara biskut yang agak otai dikalangan biskut yang ada. Sudah popular sejak dahulu lagi. Jika pandai membuatnya hasil yang anda dapat adalah semperit yang gebu, ranggup dan sedap. Tidak hairan jika balang biskut semperit anda akan habis dahulu.

Resepi Biskut Semperit Sedap

Bahan-bahan untuk membuat sangat mudah dan tidak tinggi kos. Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan. Pastikan semua bahan cukup lengkap sebelum anda memulakan aktiviti membakar biskut.

Bahan-bahan biskut semperit raya
250 gram mentega
125 gram gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

Berdasarkan bahan-bahan diatas rasanya tidak semahal nilai jika anda membeli. Dengan membuat sendiri biskut raya, anda boleh berjimat dan biskut yang anda dapat lebih banyak daripada membeli. Tapi jika tiada masa dan anda mampu beli sahaja.

Setelah cukup semua bahan yang diperlukan, masa untuk anda membuat pula. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikut.

Cara Membuat Biskut Semperit Yang Mudah
Langkah pertama yang anda perlu buat adalah memukul mentega bersama gula sehingga kembang. Selagi tidak kembang jangan berhenti walaupun penat. Jika buat ala kadar, nanti dapat semperit yang tidak gebu. Anda makanlah sendiri nanti sebab tiada siapa yang hendak.

Selepas campuran mentega dan gula telah dipukul sehingga kembang, terus masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi. Buat biskut ini kerjanya memukul sahaja.

Lepas langkah 1 dan 2 selesai campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. Pastikan lembut dan jangan keras.

Ambil doh yang telah siap dan masukkan dalam acuan semperit untuk membentukkan. Jenis acuan dan corak itu terpulang kepada anda. Mana yang cantik dimata janji hasilnya sedapa dimulut.

Letakkan semperit di atas dulang pemĀ­bakar dan bakar pada suhu 170 darja selsius selama 15 minit. Jangan lama-lama nanti hangus. Masa dan suhu juga boleh diubah mengikut jenis alat pembakar yang anda guna.

Siap sudah cara membuat biskut semperit untuk hidangan tetamu dihari raya. Kongsikan resepi biskut semperit ini kepada rakan-rakan. Selamat mencuba resepi biskut raya mudah ini.

sumber

(Visited 480 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *