Home » Resepi Pilihan » Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Hari Raya

Resepi Biskut Tart Nenas Gulung Hari Raya

Resepi Biskut Tart Nenas. Ada berbagai jenis biskut tart namun yang paling popular adalah tart nenas. Untuk membuat tart nanas yang sedap kita perlu sediakan dulu bahan untuk doh dan inti jem yang sudah pastinya perisa nenas. Ianyan merupakan biskut popular hari raya.

Resepi Biskut Tart Nenas
Tart nenas

Resepi Biskut Tart Nenas Gulung

Berbagai jenis nama biskut tart mengikut bentuk atau bahan inti yang digunakan. Selalunya inti akan menggunakan jem nenas namun ada juga yang mencuba menggunakan perisa lain. Bentuk juga ada yang berbeza. Jom kita lihat cara membuat serta bahan yang diperlukan.

Bahan Untuk Tart Nenas

Bahan untuk doh tart adalah seperti berikut

165g atau bersamaan 1 1/4 cawan tepung gandum
8g atau 1 sudu besar rata tepung jagung
12g atau 1 1/4 sudu besar rata tepung kastad
8g atau 1 sudu besar rata susu tepung
113g atau 1/2 cawan mentega, suhu bilik
8g atau 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar gula kastor atau gula kasar dikisar
1/2 biji kuning telor gred A
1/2 sudu teh esen vanilla

Bahan Untuk Inti Tart Nenas

2 biji nenas muda
1 1/4 senduk gula pasir
sedikit esen vanilla
Bunga Cengkih
Kulit Kayu Manis
Daun pandan

Cara Membuat Tart Nenas

Siap sudah bahan untuk kita memulakan tart nanas kita. Jom kita tengok bagaimana caranya pula.

Pukul mentega, susu tepung, minyak sapi, dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul hingga sebati dan lembut.
Panaskan oven 150C.
Ambil doh dan tekan acuan tart lebih kurang sepanjang 5cm atau lebih, dengan bahagian bergerigi acuan memandang ke bawah.
Letak inti jem nenas pada hujung doh, kemudian gulung secara perlahan guna hujung jari.
Susun atas dulang membakar dan sapukan kuning telur.
Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

Semoga perkongsian resepi biskut tart nenas ini membantu anda membuat tart nenas yang sedap pada hari raya nanti. Selamat mencuba.

sumber

(Visited 812 times, 2 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *