Home » Resepi Pilihan » Resepi Chicken Cheesy Egg Muffin

Resepi Chicken Cheesy Egg Muffin

Resepi Chicken Cheesy Egg Muffin. Peminat dan pengemar muffin patut cuba resipi ini. Mana tahu tiada idea untuk berbuka puasa atau hidangan kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Boleh juga sebagai hidangan minum petang atau paling senang makan saja bila-bila.

Resepi Chicken Cheesy Egg Muffin
Chicken Cheesy Egg Muffin

MySensasi kongsikan resepi muffin sedap untuk anda. Selamat mencuba.

Langkah pertama anda perlu sediakan bahan-bahan untuk membuat Chicken Cheesy Egg Muffin.
-4 biji telur
-Isi ayam atau boleh ganti dengan udang, ikan,ketam atau daging ikut selera anda.
-Susu segar
-Bayam atau sayur lain
-Cili Merah
-Cili padi atau tidak perlu jika tidak mahu pedas
-Cendawan butang jika suka
-Bawang besar yang siap didadu
-Cheese
-Garam dan lada hitam

Cara Membuatnya adalah seperti berikut
-Pukul telur, masukkan susu, garam dan lada hitam. Saya masuk sedikit baking powder.
-Masukkan semua bahan dalam acuan muffin. Ikut suka nak letak macam mana.
-Masukkan adunan telur 3/4 acuan. Bakar pada suhu 180 selama 20-25 minit atau sampai masak

Mudah bukan? Boleh cuba dan rasainya keenakan Chicken Cheesy Egg Muffin hasil air tangan anda sendiri.

(Visited 434 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *