Home » Resepi Pilihan » Resepi Daging Black Pepper Hitam

Resepi Daging Black Pepper Hitam

Resepi Daging Black Pepper Hitam. Ada berbagai jenis makanan berasaskan daging dengan berbagai gaya resepi.Ada yang suka daging masak halia, kicap, merah dan berbagai lagi. Kali ini apa kata kita cuba daging masak lada hitam atau black pepper.

resepi Daging Black Pepper

Dibawah adalah bahan-bahan yang diperlukan jika anda menggunakan 1 kilo daging.
bawang merah 3 biji ( cari yang saiz besar )
bawang putih 5 ulas
halia 1 ibu jari
cili kering 10 tangkai
Lada hitam mengikut citarasa anda
Air asam jawa
Sos cili
Kicap manis
Kayu manis
Buah plaga

Untuk bahan hiasan gunakan bawang besar atau cili api merah dan hijau

Cara Memasak Daging Black Pepper
Blender bawang merah, putih, halia dan cili kering. Selepas itu terus tumis bahan yang telah di blender. Masukkan sekali kayu manis dan buah pelaga semasa menumis.

Selepas naik minyak letakkan lada hitam yang telah siap ditumbuk kemudian masukkan air dan daging. Biar sehingga daging lembut.

Selepas daging lembut masukkan sos cili, kicap manis, air asam jawa, garam, gula dan biarkan sedikit kering. Jika hendak banyak kuah tidak perlulah tunggu kering.

Ok selesai sudah memasak. Boleh sudah letak bahan hiasan seperti bawang besar dan lada besar. Selamat mencuba resepi daging black pepper hitam.

(Visited 352 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *