Home » Resepi Pilihan » Resepi Ikan Bakar Istimewa

Resepi Ikan Bakar Istimewa

Resepi Ikan Bakar Istimewa. Bila disebut menu ikan, hidangan yang paling popular dan digemari pastinya ikan bakar. Makan dengan nasi panas dan cicah air asam memang sangat menyelerakan. Aroma ikan bakar boleh membuat perut berkeroncong minta diisi. Sembang banyak pun tak guna kan, makin bertambah lapar pula nanti. Jom cuba Resepi Ikan Bakar Istimewa yang kat bawah ini.

Resepi Ikan Bakar Istimewa
Ikan Bakar Istimewa

Bahan-bahan Untuk Ikan Bakar
Ikan (anda boleh gunakan apa sahaja jenis ikan yang anda gemari)
30 tangkai cili kering
3 batang serai
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
Belacan
Air asam jawa
Gula
Garam
Limau nipis

Cara Menyediakan Ikan Bakar Istimewa
1)Kisar kesemua bahan sekali kepada pes yang agak pekat
2) Layurkan daun pisang di atas api untuk melembutkannya agar tidak terkoyak bila kita melipatkannya nanti.
3) Letakkan ikan yang telah dibersihkan di atas daun pisang dan ratakan pes yang telah kita kisar tadi ke atas ikan.
4) Perah jus limau ke atas pes yang telah diratakan atas ikan. Jus limau ini adalah untuk menghilangkan bau hanyir.
5) Lipatkan daun pisang untuk membungkus ikan. Di luar daun pisang, anda boleh alas dengan aluminum foil.
6) Letakkan bungkusan ikan ke atas bara api. Pastikan api tidak terlalu besar supaya ikan dapat masak dengan sekata.
7) Bakar untuk kira-kira 15 ke 20 minit.

Dah siap. Bolehlah hidangkan ikan bakar dengan nasi panas.

(Visited 278 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *