Home » Resepi Pilihan » Resepi Ikan Masak Berlada Pedas Menyengat

Resepi Ikan Masak Berlada Pedas Menyengat

Resepi Ikan Masak Berlada Pedas Menyengat. Ikan merupakan sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat. Apa yang paling penting, dengan ikan kita boleh berbagaikan jenis masakan. Yang susah, yang senang dan yang penting paling sedap. Banyak sahaja resipi yang masakan berasaskan ikan. Apa kata kita cuba ikan masak berlada.

Resepi Ikan Masak Berlada
Ikan Masak Berlada

Kita memerlukan dua bahan dan perlu melalui dua proses berbeza.

Bahan Satu
2 ekor ikan selar yang dibersihkan. ( kalau hendak guna ikan lain pun boleh )
1 labu bawang besar yang dipotong gelang
5 biji limau kasturi yang siap diperah
Garam secukup rasa
2 sudu teh serbuk kunyit
minyak bagi menggoreng.

Bahan Dua Perlu Dikisar
6 biji cili merah
5 biji cili api
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara membuat ikan berlada
1: Mula-mula lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2: Langkah kedua gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Jangan sampai hangus, marah mak mertua nanti.
3: Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
4: Masukkan garam dan bawang besar kemudian dikacau rata.
5: Tutup api dan tuangkan perahan limau kasturi. Kemudian kacau lagi.
6: Angkat dan tuangkan di atas ikan.
7: Sedia di hidangkan dan dimakan dengan riang ria sendirian atau bersama keluarga
Selamat mencuba resipi mudah masak dan sedap dimakan.

(Visited 447 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *