Home » Resepi Pilihan » Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Resepi Ikan Siakap Masak Tiga Rasa. Sudah pasti ramai yang menyukai hidangan ini. Kalau sebut masak tiga rasa pasti akan terbayang ikan siakap. Namun anda juga boleh menggunakan ikan bawal atau kerapu jika mampu.

resepi ikan siakap masak tiga rasa

Tidak dinafikan ikan masak tiga rasa memang popular di Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di restoren masakan ala Thai. Pilih sahaja ikan apa yang anda suka namun yang paling popular sudah pasti siakap masak tiga rasa.

Selain dari dipanggil tiga rasa, resepi atau hidangan ini ada juga yang memanggil sebagai ikan masak masam manis atau sweet sour. Yang pasti ianya ada tiga rasa utama yang berbeza.

Kepada pengemar masakan ini apa kata cuba sendiri dirumah berdasarkan resepi ikan siakap masak tiga rasa yang dikongsikan dibawah. Gunalah ikan siakap sebab rasanya lebih sedap. Kalau nak guna ikan bawal terpulang kepada anda.

Bahan-bahan terbahagi kepada dua iaitu untuk mengoreng ikan dan kuah.

Untuk mengoreng
1 ekor ikan siakap ( bawal pun boleh )
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit Kunyit

Untuk kuah
4 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji bawang merah dicincang halus
1 inci halia dicincang halus
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang bunga kantan, dihiris nipis
1 batang serai dititik
6 biji cili padi dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
2 sudu besar cili kisar
4 besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Dain bawang untuk hiasan

Selepas semua bahan diatas telah lengkap, masa untuk beraksi didapur.
Langkah pertama adalah membersihkan ikan dahulu. Setelah bersih ikan perlu dilumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
Kemudian panaskan minyak untuk mengoreng. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ikan siakap sehingga garing kemudian angkat dan ketepikan dahulu.

Langkah seterusnya adalah menyediakan kuah untuk ikan masak tiga rasa. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan halia, serai, bunga kantan dan cili padi dan kacau seketika.
Langkah seterusnya masukkan tomato, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan masak sehingga kuah pekat. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
Masukkan daun limau purut dan kacau sehingga kuah pekat sebati. Bila sudah siap tuangkan kuah diatas ikan yang telah siap digoreng tadi.
Untuk hiasan cukup dengan taburkan daun bawang sahaja.

Siap sudah hidangan ikan siakap masak tiga rasa hasil tangan anda sendiri. Sesuai untuk hidangan makan malam atau tengahari. Bila sudah pandai buat sendiri, tidak perlu lagi ke restoren ala Thai dan anda sudah boleh berjimat. Selamat mencuba resepi ikan siakap masak tiga rasa.

(Visited 502 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *