Home » Resepi Pilihan » Resepi Kari Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kari Ayam Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Kari Ayam Yang Sedap Dan Mudah. Kari ayam memang sedap bila kena cara memasaknya dan cukup bahan ramuannya. Apa kata kita cuba buat kari ayam yang paling terbaik hasil air tangan kita sendiri.

Berbagai cara atau jenis memasak kari ayam. Mungkin ada cara memasak cara Kelantan, kari ayam utara, cara orang Negeri Sembilan. Mungkin juga ada cara masakan kari ayam mamak. Semua itu ikut citarasa sendiri namun rasanya bahan asas tetap sama.

Resepi Kari Ayam
kari ayam

Bahan Resepi Kari Ayam

Macam biasa, sebelum masak pastikan telah siap bahan-bahannya. Pastikan semua bahan lengkap agar kari ayam anda sedap hingga menjilat jari.

1/2 ekor ayam yang potong kecil
2 biji kentang dipotong dadu
6 ulas bawang merah dihiris halus
3 ulas bawang putih dihiris halus
4 cm halia dihiris halus
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit Kayu Manis
Buah Pelaga
Daun kari
1 biji santan kelapa
2 paket rempah kari ayam
Gula dan garam secukup rasa

Pastikan juga kita sediakan dua bahagian bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis dan ditumbuk.

Cara memasak Kari Ayam

Jika semua bahan telah siap, masa anda untuk beraksi didapur. Jom kita masuk dapur dan memasak dengan gaya seperti chef Wan.
1) Tumis bawang merah, putih dan halia sehingga separuh garing
2) Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3) Masukkan pula bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama – sama dengan serbuk kari. Gaul sehingga naik minyak atau garing. Selepas tu masukkan daun kari. Tambah sedikit air jika kering
4) Masukkan ayam dan sedikit air. Biar sehingga mendidih selepas tu masukkan kentang.
5) Bila kentang dah sedikit empuk, anda boleh masukkan santan.
6) Akhir sekali tambah garam secukup rasa dan kecilkan api dapur sampai naik minyak.

Siap sudah kari ayam kita yang sedap jika betul caranya. Sesuai sahaja untuk makan bersama nasi atau sebagai sampingan cicah cekodok, roti jala dan sebagainya. Selamat mencuba resepi kari ayam yang dikongsikan.

(Visited 7,722 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *