Home » Resepi Pilihan » Resepi Kek Coklat Kukus Moist Terbaik

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Terbaik

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Terbaik. Kepada pengemar kek pasti tidak asing dengan Kek Coklat Moist yang sememangnya sedap. Peminat coklat perlu mencuba resepi terbaik ini, mungkin selama ini hanya makan yang sudah siap sahaja, apa kata kali ini anda buat sendiri.

Sebelum mula, perkara yang paling utama adalah menyediakan bahan-bahan. Dua bahagian bahan diperlukan untuk kek dan topping.

Bahan Untuk Kek Coklat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

Bahan-bahan buat topping
300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Dibawah adalah cara untuk buat kek coklat moist
– Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana. Bila dah sebati, sejukkan.
– Pukul telur sampai kembang kemudian masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati. Masukan tepung, bikarbonat dan baking powder bersama. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
– Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik atau kertas foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
– Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa. Angkat dan sejukkan. Kek coklat kukus siap dihidangkan

Cara buat topping kek coklat kukus
Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan 15 – 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.

Siap sudah kek coklat kukus moist sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Resepi Kek Coklat Kukus Moist
Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Resepi Cupcake Coklat Kukus ini juga mungkin boleh anda cuba 🙂

(Visited 2,682 times, 2 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

One comment

  1. Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura rajin kite datanglah hehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *