Home » Resepi Pilihan » Resepi Kek Coklat Sedap Menawan

Resepi Kek Coklat Sedap Menawan

Resepi Kek Coklat Sedap Menawan. Kek Coklat merupakan antara jenis kek yang popular dan sentiasa digemari ramai. Kalau melangkah ke mana-mana kedai kek sekalipun, pasti antara kek yang sedia untuk dijual adalah kek coklat yang telah dihias indah dengan krim. Tak tahu apa yang istimewa sangat dengan kek coklat yang membuatkan ramai yang meminatinya. Mungkin selain rasanya yang sedap, kek coklat juga tak rumit untuk disiapkan.

Resepi Kek Coklat Sedap
Kek Coklat Sedap

Contohnya macam Resipi Kek Coklat Sedap yang ada di bawah ini. Bahan-bahannya mudah didapati dan cara membuat kek coklat ini pun tidak rumit. Yang baru pertama kali nak mencuba buat kek coklat untuk raya nanti, boleh buat guna resipi di bawah ini. Gerenti jadi.

Bahan-bahan
250g Mentega
185g Tepung Gandum
1 sudu teh Serbuk Penaik
65g Serbuk Koko
185g Gula Kastor (boleh diubah mengikut citarasa)
1 sudu teh Esen Vanilla
4 biji Telur

Cara Membuat Kek Coklat
Ayak bersama tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik di dalam mangkuk dan ketepikan.
Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
Masukkan campuran tepung gandum dan koko, diselang selikan dengan telur.
Masukkan esen vanilla.
Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah disapu mentega dan ratakan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celsius selama 40 minit ataupun sehingga kek masak.

Selamat mencuba.

(Visited 279 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *