Home » Resepi Pilihan » Resepi Kentang Wedges Bakar Terbaik

Resepi Kentang Wedges Bakar Terbaik

Resepi Kentang Wedges Bakar. Apa kata kali ini kita cuba pula makanan ala-ala barat atau western dikalangan orang sekarang. Sesekali ubah selera tak salahkan, mana tahu bila suami merasa masakan anda, semakin sayang pula. Jom kita cuba kentang wedges bakar untuk hidangan seisi keluarga.

Resepi Kentang Wedges Bakar
Kentang Wedges Bakar

Bahan-Bahan Diperlukan untuk membuat kentang wedges
– 4 biji kentang jenis russet yang telah dibersihkan kulit dan potong wedges. Belah dua memanjang ubi dan potong empat bahagian serong 45 darjah setiap separuh ubi. Satu ubi kita buat 8 bahagian.
– 3 sudu besar minyak masak.
– 4 ulas bawang putih, diketuk dihiris halus.
– 1/2 sudu kecil daun oregano kering.
– 1/2 sudu kecil thyme kering.
– 1/2 sudu kecil serbuk cili atau paprika.
– 1/2 sudu kecil serbuk lada putih.
– 1 sudu kecil garam.

Cara-cara untuk menyedia dan membuat
Anda boleh adunkan semua bahan-bahan itu, sapu minyak pada tray pembakar dan lekatkan Foil Aluminium.
Susun wedges kentang dalam tray pembakar dengan bahagian kulit kebawah dan terus masukkan dalam ketuhar yang telah di panaskan sedia-awal 220 darjah C atau 425 darjah F.
Hendaklah dibakar selama 20 minit, kemudian terbalikan wedges kentang tadi dan bakar semula 25 – 30 minit.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

(Visited 376 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *