Home » Resepi Pilihan » Resepi Kuah Kacang Sedap

Resepi Kuah Kacang Sedap

Resepi Kuah Kacang Sedap. Sebut sahaja kuah kacang pasti ramai yang terbayang ketupat. Manakan tidak ketupat antara makan popular terutama menjelang hari raya. Tapi kuah kacang boleh juga dimakan bersama makanan lain seperti lontong, sate, nasi impit dan banyak lagi.

Disini Mysensasi akan kongsikan satu resepi atau cara membuat kuah kacang yang sedap sehingga menjilat jari. Untuk membuat kuah kacang anda memerlukan dua bahagian bahan-bahan. Satu bahan utama dan satu bahan yang telah siap dikisar.

Resepi Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan
1/2 kg kacang tanah, goreng, buang kulit, tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

Bahan-bahan yang dikisar
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Seterusanya ikuti cara penyediaan atau cara membuat kuah kacang seperti dibawah.

– Langkah pertama adalah dengan menumis bahan dikisar sehingga wangi dan garing.
– Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
– Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
– Hidangkan dengan ketupat, nasi impit atau apa sahaja yang sesuai dengannya ikut selera anda.

Selamat mencuba. Resepi dikongsi dari Resepi Orang Kampung.

(Visited 917 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *