Home » Resepi Pilihan » Resepi Lepat Pisang

Resepi Lepat Pisang

Resepi Lepat Pisang. Pat-pat siku lipat siapa cepat dia dapat lepat. Rasanya pasti ramai peminat kuih tradisional seperti lepat. Macam macam jenis lepat ada namun yang paling popular dan biasa kita jumpa adalah lepat pisang dan lepat ubi. Mysensasi akan kongsikan cara membuat lepat pisang yang sedap untuk anda pengemar tegar kuih ini. Boleh cuba sendiri untuk hidangan seisi keluarga.

Resepi Lepat Pisang
Lepat Pisang

Apakah bahan-bahan yang anda perlukan sebelum anda mula membuat lepat.
Daun pisang dan mesti dilayur serta di lap dengan bersih.
30 biji pisang kapas yang dilenyek halus
1/2 cawan gula pasir
5 sudu besar gula melaka
1 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1/2 cawan santan pekat
secubit garam sebagai perasa

Jom kita tengok cara membuatnya
1. Layurkan daun pisang sebagai pembungkus lepat
2. Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan gula pasir, gula melaka atau gula merah sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul lagi dan masukkan santan dan sedikit garam.
4. Ambil dua sudu besar adunan dan letak atas daun pisang yg sudah di layurkan.
5. Daun dilipat menindih dan lipat kedua-dua hujung dengan kemas.
6. Didihkan air di pengukus, setelah mendidih, bolehlah kukus kuih selama 25 minit.
7. Setelah siap bolehlah di angkat, sejukkan dan hidangkan.

Siap sudah lepat terbaik hasil dari anda sendiri. Boleh hidangkan dan makan beramai-ramai atau hantar sahaja ke rumah jiran.

(Visited 217 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *