Home » Resepi Pilihan » Resepi Nasi Goreng Cina Yang Mudah Serta Sedap

Resepi Nasi Goreng Cina Yang Mudah Serta Sedap

Resepi Nasi Goreng Cina. Peminat nasi goreng pasti teruja untuk mencuba. Sesuai untuk sarapan pagi seisi keluarga atau makan malam. Selalunya hanya dinikmati bila makan di restoren sahaja. Apa kata kita buat sendiri, lebih jimat dan yang pasti ikut selera kita.

resepi Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk nasi goreng cina adalah seperti dibawah. Siapkan sepenuhnya agar resepi nasi goreng cina ini sempurna dan sedap.

1 mangkuk nasi putih
2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 ulas bawang putih perlu di tumbuk
4 ulas bawang merah perlu di hiris
Isi ayam yang telah potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah siap di tumbuk
2 biji telur
Lobak yang potong dadu
Cili padi perlu di hiris
Sayur kubis perlu di hiris panjang
Daun bawang perlu di hiris halus

Cara Memasak Nasi Goreng Cina
Langkah pertama adalah dengan masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata. Seterusnya anda perlu panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali. Sudah panas mulakan menumis bawang putih diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan lobak. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Langkah seterusnya adalah dengan memasukkan udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan yang telah ditumis tadi kemudian tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau hingga rata.
Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi nasi goreng cina yang pasti sedap. Anda boleh juga mencuba nasi goreng udang ini.

(Visited 905 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *