Home » Resepi Pilihan » Resepi Puding Karamel Gula Hangus Sedap

Resepi Puding Karamel Gula Hangus Sedap

Bukan hanya pada bulan ramadhan waktu berbuka puasa tetapi bila-bila sahaja puding memang sesuai untuk hidangan pencuci mulut. Berbagai jenis puding antara yang popular adalah puding roti kismis, puding karamel, puding castard cocktail, rich chocolate dan banyak lagi. Kami ingin kongsikan resepi puding karamel untuk anda.

resepi puding karamel
resepi puding karamel

Kenapa puding sering menjadi pilihan untuk pencuci mulut adalah penyediaan tidak mengambil masa yang lama senang cerita mudah dan cepat. Ada berbagai cara memasak puding sama ada dengan membakar, dikukus atau masak seperti biasa dan ada juga hanya perlu simpan dalam peti sejuk.

Resepi Puding Karamel Gula Hangus

Peminat puding harus mencuba resepi ini sepanjang ramadhan atau untuk hari perayaan. Paling tidak pun boleh juga sebagai antara hidangan minum petang atau untuk tetamu yang datang.

Bahan-bahan puding karamel
Untuk membuat puding ini anda tidak perlu bahan yang banyak atau kos yang tinggi. Cukup anda sediakan bahan-bahan seperti dibawah.

1 cawan gula
Setengah cawan air untuk bancuhan karamel
1 cawan air untuk bancuhan puding
Esen Valilla
1 Tin susu cair
5 biji telur

Cara Membuat Puding Karamel
1. Dengan nyalaan api yang sederhana masukkan api dalam kuali atau periuk dan hanguskan. Bila guna sudah hangus atau berwarna keperang-perangan masukkan setengah cawan air kemudian kacau dan pastikan gula tidak berketul-ketul. Sudah siap asingkan gula tadi dan biarkan dalam suhu bilik biasa. Asingkan guna berlainan bekas ikut saiz yang anda mahu.

2. Langkah seterusnya ambil 5 biji telur dan kacau hingga sebati, masukkan esen vanilla sekali. Biarkan dahulu. Sambil itu panaskan 1 tin susu cair dengan suhu yang sederhana. Bila susu sudah panas masukkan 3 sudu gula dan satu cawan air kemudian kacau hingga sebati atai larutkan gula. Kemudian tuangkan kedalam telur yang telah siap tadi.

3. Langkah seterusnya tuang bahan yang ada pada langkah 2 kedalam gula hangus yang telah disejukan pada suhu bilik tadi. Kemudian kukus dalam masa 10 hingga 20 minit. Siap sudah resepi puding karamel hasil tangan anda.

Selamat mencuba Resepi Puding Karamel. Sumber resepi diambil dari DariDapur.

(Visited 296 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *