Home » Resepi Pilihan » Resepi Puding Roti Sedap Dan Mudah Dibuat

Resepi Puding Roti Sedap Dan Mudah Dibuat

Resepi Puding Roti Sedap Dan Mudah Dibuat. Masih ada beberapa keping roti di dalam plastik. Bosan je kalau asyik sapu mentega. Apa kata kita buat puding roti. Eh tak susah pun, dalam 30 minit dah boleh siap. Mula-mula kita kena pastikan semua bahan-bahan untuk membuat puding roti ada di dapur. Tapi sebelum tu kita tengok senarai bahannya dulu ya.

Resepi Puding Roti
Puding Roti

Resepi Puding Roti Sedap Dan Mudah

Sebelum membuat puding roti jom sediakan dulu bahan yang memang mudah didapati dan tidak tinggi kos serta cara membuat yang betul agar puding anda sedap.

Bahan-Bahan Resepi Puding Roti
6 keping roti (dicarik-carikkan)
4 sudu teh mentega (nak guna marjerin pun boleh)
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 biji telur
2 cawan susu segar
2 sudu teh gula (kalau rasa tak cukup manis, boleh tambahkan)
Buah-buahan segar (epal, pisang atau apa sahaja buah yang anda gemari)
Sedikit kismis hitam

Cara Membuat Puding Roti
1. Masukkan roti yang dicarik tadi kedalam mangkuk dan gaul sebatikan dengan mentega.
2. Di dalam loyang atau tin pembakar, sapukan dengan sedikit mentega dan susunkan sebahagian dari roti yang telah digaul sebati tadi.
3. Susunkan pula buah-buahan yang telah siap dipotong di atas lapisan roti.
4. Kemudian susunkan baki roti tadi ke atas buah-buahan pula.
5. Di dalam bekas yang berlainan, campurkan susu segar, telur dan gula. Pukul sehingga sebati dan kembang. Selepas itu tuangkan di atas roti yang telah siap disusun.
6. Taburkan kismis hitam di atasnya.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celsius untuk kira-kira 30 minit.

Kalau anda tak suka letak buah-buahan segar, boleh juga gantikan dengan buah-buahan dalam tin. Ataupun dibiarkan kosong. Nak letak coklat pun boleh. Selamat mencuba.

Boleh juga cuba : Puding Karamel sedap dan mudah

(Visited 2,381 times, 3 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *