Home » Resepi Pilihan » Resepi Sambal Ikan Bilis Bersama Petai

Resepi Sambal Ikan Bilis Bersama Petai

Resepi Sambal Ikan Bilis Bersama Petai pasti membuat anda terliur. Adunan ikan bilis dan petai yang seperti sehati berdansa mampu membuka selera siapa yang memandang. Rasanya ramai peminat sambal ikan bilis ini. Walaupun nampak simple namun kalau pekena dengan nasi panas, mahu 2-3 kali tambah.

Resepi sambal ikan bilis petai
sambal ikan bilis petai – sumber gambar google

Resepi pilihan MySensasi kali ini adalah sambal ikan bilis campur petai. Untuk bahan dan cara adalah seperti dibawah.

Bahan-Bahan yang diperlukan.
1 mangkuk ikan bilis (dikopek)
½ mangkuk isi petai (dipotong hiris bersama kulit)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dikisar kasar)
4 biji bawang putih (dikisar kasar)
15 tangkai cili kering (direbus dan dikisar halus)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukup rasa

Cara membuat
1. Cuci ikan bilis dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis. Asingkan bilis goreng.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kuning.
5. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar tadi.
6. Masukkan gula, garam dan air asam jawa. Gaul sehingga sebati.
7. Masukkan ikan bilis yang sudah digoreng tadi bersama petai
8. Gaul rata. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi Sambal Ikan Bilis Bersama Petai.

Boleh juga cuba [ Sambal Ikan Bilis Telur Pecah ]

(Visited 1,620 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *