Home » Resepi Pilihan » Resepi Sambal Ikan Bilis Telur Pecah

Resepi Sambal Ikan Bilis Telur Pecah

Resepi Sambal Ikan Bilis Telur Pecah. Tengah pening hendak fikir apa juadah yang mudah dan sedap untuk makan tengahari? Terutama buat orang bujang atau yang selalu sibuk mengejar masa. Rasanya sambal ikan bilis ini walaupun simple tapi rasanya awesome, sesuai sangat untuk yang suka lauk yang ringkas-ringkas tapi menusuk selera untuk dijamah.

Jom kita cuba sesuatu yang mudah tapi sedap, sambal ikan bilis telur pecah.

Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis perlu dibersihkan
4 biji bawang merah kecil**
3 ulas bawang putih**
10 tangkai cili padi**
Gula dan perasa
1 biji telur

Cara memasaknya
Gorengkan ikan bilis yang telah dibersihkan sehingga garing kemudian ketepikan dahulu sambil itu bolehlah tumbuk kasar bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih dan cili. Biasanya sebelum goreng ikan bilis pun memang bahan ni dah siap.

Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau dan nampak garing. Perasakan dengan gula dan serbuk perasa kiub pati ikan bilis. Tumis lagi hingga naik baunya kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul lagi hingga rata.

Ketepikan ikan bilis di tepi kuali dan pecahkan telur. Tunggu sehingga agak masak baru kacau dan gaul telur tadi dengan ikan bilis hingga sekata.

Selamat mencuba, mudah dan sedap membuka selera.

Resepi Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis telur pecah mudah dan sedap

sumber FB Resepi Orang Kampung

(Visited 1,177 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *