Home » Resepi Pilihan » Resepi Sambal Kerang Pedas Masam Manis

Resepi Sambal Kerang Pedas Masam Manis

Resepi Sambal Kerang Pedas Masam Manis. Tiada idea untuk memasak sebagai hidangan makan tengahari? Apa kata anda pergi beli kerang dan kita buat sambal yang pedas dan masam manis. Ala-ala kerang tiga rasa begitu. Jom kita tengok bahan dan cara memasaknya.

Bahan Utama
200 gm isi kerang

Bahan yang perlu di kisar
3 senduk cili kisar
5 biji bawang kecik
sebijik bawang merah sederhana.
5-6 ulas bawang putih
sedikit halia

Bahan-bahan lain
1 biji bawang kuning hiris bulat-bulat
Garam dan gula secukup rasa
1/2 inci belacan
1 batang serai di titik
sedikit santan
perahan jus asam jawa
sedikit sos tiram
sos cili
sos tomato

Cara Memasak Sambal Kerang Pedas Masam Manis
1. Siapkan kerang yang telah direbus dan dikopek.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan hancurkan belacan, goreng hingga harum bau belacan.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sambil masukkan serai sehingga naik minyak.
4. Masukkan jus asam jawa, sedikit santan garam, gula, sos tiram, sos cili dan sos tomato kemudian kacau hingga sebati.
5. Masukkan isi kerang dan hirisan bawang, kacau rata hingga sedikit berkuah jangan terlalu kering
6. Rasa dan jika cukup rasa boleh matikan api. Siap untuk di hidangkan

Selamat mencuba sambal kerang pedas, sesuai untuk hidangan pada bila-bila masa.

Resepi Sambal Kerang
Sambal Kerang Pedas

Gambar dan resepi dari page facebook Resepi Orang Kampung

(Visited 455 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *