Home » Resepi Pilihan » Resepi Sambal Udang Kurma

Resepi Sambal Udang Kurma

Resepi Sambal Udang Kurma. Pengemar udang pasti meleleh air liur kalau dengar orang sebut sambal udang. Berbagai cara kita boleh masak udang ini. Ada yang suka gulai, bakar, goreng dan macam-macam lagi. Memang sedaplah tidak kira apa pun resepinya. MySensasi hendak kongsikan resepi pilihan kali ini iaitu sambal udang kurma..perghhh sedap tu.

Resepi Sambal Udang Kurma
Sambal Udang

Bahan-bahan yang anda perlukan :

  • 1kg udang
  • 20 biji buah kurma yang dibuang bijinya dan potong dua atau empat
  • 3 biji bawang besar yang dihiris bulat
  • 125ml air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 20 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3 cm belacan

CARA MEMASAK SAMBAL UDANG

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian masukkan bahan kisar dan hingga garing dan wangi.
  2. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam dan gula. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan pula udang dan buah kurma. Apabila agak-agak udang hampir masak, masukkan hirisan bawang besar.
  4. Biarkan hingga udang cukup masak.

Empat langkah mudah untuk anda menikmati sambal udang yang sedap. Selamat mencuba.

(Visited 545 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *