Home » Resepi Pilihan » Resepi Sup Ayam Terbaik

Resepi Sup Ayam Terbaik

Resepi Sup Ayam Terbaik. Sup ada berbagai sup, kebanyakan bezanya cuma pada bahan yang kita guna. Jika letak daging jadilah sup daging begitu juga ketam, udang , sayuran atau sebagainya. Kali ini kami kongsikan sup ayam. Sebab sup ayam adalah antara sup yang menjadi pilihan peminat sup seantero dunia.

Bahan-bahan untuk sup ayam terbaik
1 ekor ayam muda – dibersihkan
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah – dihiris halus
1 sudu lada hitam
5 ½ cawan air

Bahan untuk tabur atas sup
2 batang lada merah – dihiris menyerong
2 batang lada hijau – dihiris menyerong
2 tangkai daun sup – dicincang halus
1 tangkai daun bawang – dicincang halus
Bawang goreng

Bahan yang perlu ditumbuk
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2.5 belacan – dibakar

Cara membuat sup ayam terbaik adalah seperti dibawah.
1. Panaskan minyak dalam periuk, di atas api yang sederhana dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.

2. Masukkan bawang merah, lada hitam, ayam yang telah diperasakan dan 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit, dengan mengacaunya selkali-sekala.

3. Masukkan air selebihnya dan lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan hingga mendidih, kemudian kecilkan api dan didihkan perlahan-lahan selama 20 minit.

4. Balikkan ayam dan teruskan memasak hingga ayam menjadi cukup empuk. Sesuaikan rasanya dan angkat dari api.

5. Keluarkan ayam dan potongkan besar-besar atau kecil, ikut selera anda. Letakkan dalam mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan kuah sup ke atasnya dan taburkan dengan bahan-bahan selebihnya.

Siap sudah sup ayam yang pastinya sedap dan membuka selera. Makan panas-panas dengan nasi putih, memang boleh tambah banyak kali.

resepi sup ayam terbaik
sup ayam terbaik

INFO BAWAH : Tahukah anda sup ayam sangat berkesan untuk yang mengurangkan atau merawat demam selesema.

sumber resepi sup ayam dan gambar : resepibonda.com

(Visited 1,053 times, 1 visits today)

Check Also

resepi biskut semperit

Resepi Biskut Semperit Untuk Hari Raya

Menjelang hari raya pasti ramai yang tengah berkira-kira apakah biskut yang akan menjadi hidangan. Kalau …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *