Home » Resepi Pilihan » Resepi Taufufah Segera Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Taufufah Segera Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Taufufah Segera Yang Mudah Dan Sedap. Cuaca sekarang memang panas terik kan. Kalau jual pelbagai jenis minuman pasti laku. Almaklumlah masing-masing tengah kering tekak. Tapi takkan hari-hari nak beli je, kadang-kadang buat sendiri lagi sedap.

Resepi Taufufah Segera Yang Mudah Dan Sedap
Taufufah

Ramai yang suka makan taufufah termasuklah orang yang tengah menaip artikel ni tapi nak membuatnya ramai yang kata rumit. Jadi Chef Princess nak kongsikan satu rahsia ni dengan anda-anda semua penggemar taufufah Cara Untuk Buat Taufufah dengan cepat. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dahulu.

Resepi Taufufah Segera Yang Mudah Dan Sedap
2 kotak besar air soya ( 2 x 1L)
8 gram agar-agar (tali atau serbuk)
1 cawan air utk cairkan agar-agar
Gula merah (ikut citarasa)
Daun pandan

Cara Membuat Taufufah
1)Masukkan agar-agar, air dan daun pandan dalam periuk. Masak agar-agar sehingga larut.
2)Tambahkan air soya. Tak perlu nak tunggu sampai mendidih, terus tutup api je.
3) Tuang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.
4) Sementara tu masakkan pula gula merah. Kalau nak cairkan gula merah guna nisbah 1 cawan gula merah dan 2 cawan air. Kalau suka pekat, boleh kurangkan air. Masukkan daun pandan. Kalau nak lagi manis, boleh tambah gula putih. Masak sehingga gula larut. Dan akhir sekali tapiskan.

Sangat mudah untuk membuatnya.

(Visited 163 times, 1 visits today)

Check Also

Menu Sahur Mudah Dan Sihat Bulan Ramadhan

Bila tiba bulan ramadhan perkara rutin yang akan kita lalui adalah bangun awal pagi sebelum …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *