Home » Kesihatan » Tanah Liat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Kulit

Tanah Liat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Kulit

Tanah Liat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Kulit. Tahukah anda tanah liat ada kegunaan lain selain dari bahan utama pembuatan keramik atau pun alatan hiasan rumah. Memang banyak kelebihan tanah liat untuk merawat penyakit kulit dan kecantikan.

Tanah Liat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Kulit
tanah liat

Mengapa tanah liat sesuai untuk merawat masalah kulit atau banyak digunakan dalam produk kecantikan? Ini adalah kerana tanah liat memiliki 67 mineral penting yang berguna buat tubuh. Beberapa jenis mineral itu antara lain kalsium, zat besi, magnesium, mangan, potasium, silica dan berbagai lagi.

Penggunaan tanah liat untuk kesihatan dan kecantikan kulit bukan baharu. Telah lama digunakan antaranya oleh orang Indian di pegunungan Andes, Suku asli Meksiko, Suku Aborigin di Australia dan Suku di Afrika Tengah. Orang-orang dahulu juga memakan tanah liat untuk menghilangkan sakit perut, Buruli Ulcer dan Tuberculosis Mycobacterium iaitu sejenis penyakit yang memakan daging.

Khasiat Tanah Liat Untuk Kesihatan Dan kecantikan Kulit
Ada banyak khasiat tanah liat dan sebab itulah ianya digunakan dalam merawat penyakit kulit atau dalam manusia sejak dahulu lagi. Dibawah adalah beberapa khasiat tanah liat yang kami kongsikan.

Tanah liat sebagai ubat untuk sakit perut ini disebabkan tanah liat memiliki zat seperti sponge yang berfungsi menyerap racun di tubuh.

Mampu sebagai ubat mengurangkan sakit pada bahagian kulit yang luka kerana sifat tanah liat yang sejuk dan memiliki kandungan Zink dan Zat besi yang membantu merawat luka.

Tanah liat juga dapat membantu menyerap racun-racun ditubuh kita seperti bekteria serta berbagai zat logam berbahaya lain.

Dalam bidang kecantikan kecantikan tanah liat bermanfaat untuk menegangkan kulit dan melicinkan kulit. Boleh digunakan sebagai masker atau bedak sejuk.

Boleh juga digunakan untuk bahan terapi dengan menyapu tanah liat pada kebagian tubuh yang sakit. Boleh juga dimakan atau diminum. Anda juga boleh berendam dalam larutan tanah liat selama 30 minit untuk menghilangkan logam-logam beracun yang nantinya akan diserap oleh tanah liat tersebut.

Berbagai penyakit kulit juga boleh dirawat menggunakan tanah liat seperti ekzema dan psoriasis. Banyak produk kesihatan kulit dan kecantikan menggunakan tanah liat sebagai bahan asas utama. Ini menjamin penggunaan yang selamat kerana tanah liat adalah bahan semulajadi.

(Visited 71 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *