Home » Gaya Hidup » Tanda Anda Sedang Stress

Tanda Anda Sedang Stress

Tanda Anda Sedang Stress. Setiap dari kita pasti mengalami stress sama ada dalam sedar atau tidak. Banyak perkara yang membawa kepada stress yang melibatkan suasana persekitaran kita. Kerja, hubungan, kewangan dan banyak lagi perkara yang membawa kepada stress.

Disini kami kongsikan beberapa tanda anda sedang stress. Ini boleh digunakan untuk anda mengetahui situasi anda dan segera perbaiki agar tidak menjejaskan kehidupan seharian.

Tanda Sedang Stress
Stress

Merasa terlalu letih padahal telah mendapat rehat secukupnya. Bangun pagi rasa letih dan tidak selesa sedangkan tidur cukup. Tahukah anda bahawa stress membuatmu kita cepat merasa letih. Bila stress tidur malam tidak akan cukup untuk memulihkan tenaga.

Satu lagi tanda anda sedang stress adalah sukar tidur.  Semua adalah kerana terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapi dalam kehidupan. Mana boleh tidur kalau otak tidak berehat kerana runsing akan masalah yang tidak selesai. Bila tidak cukup tidur, badan akan bertambah letih, stress akan terus berpanjangan.

Tahukah anda bahawa anda akan mudah sakit bila stress. Stress akan menurunkan daya tahan tubuh sebanyak 30%. Kita akan sukar untuk melawan penyakit.

Tanda stress yang lain adalah mudah lupa. Manakan tidak jadi pelupa sebab terlalu banyak masalah yang difikirkan. Dengan banyaknya hal yang ada di otak, kamu mudah melupakan hal-hal kecil.

Ghairah seks menurun adalah tanda anda sedang stress. Langsung tidak berminat dengan pasangan sebab terlalu letih memikirkan hal-hal lain. Lakukan aktiviti yang boleh menghilangkan stress seperti bersukan. Jangan biarkan masalah ini mengganggu hubungan anda dan pasangan.

Kamu akan menjadi seseorang yang emosional atau pemarah. Kamu akan merasa sangat marah hanya dengan perkara yang kecil sahaja. Padahal jika normal, tidak pun menjadi hal sangat. Awas jangan biarkan ianya berlarutan.

APA ITU STRESS
“Suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Bebanan ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.”

(Visited 180 times, 1 visits today)

Check Also

rahsia lelaki

Rahsia Lelaki Yang Perlu Anda Tahu

Betulkah lelaki banyak rahsia tersembunyi dalam diri mereka? Ketahui Rahsia Lelaki yang perlu anda tahu agar anda …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *