Home » Kesihatan » Tanda Dan Punca Virus Zika

Tanda Dan Punca Virus Zika

Tanda Dan Punca Virus Zika. Akhir-akhir ini telah banyak dilaporkan berkaitan virus zika, dan kini telah pun sampai di Malaysia berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan. Apakah itu virus zika, apakah puncanya, bagaimana ianya berjangkit dan tanda-tanda telah dijangkiti serta adalah penawar untuk merawat.

Apakah definasi berkaitan Virus Zika. Virus Zika terjadi melalui perantara gigitan nyamuk Aedes, terutama spesies Aedes aegypti. Penyakit yang disebabkannya dinamakan sebagai Zika, penyakit Zika ( Zika disease ) ataupun demam Zika ( Zika fever ).

Tahukah anda demam merupakan Simptom utama yang disebabkan oleh virus Zika. Antara tanda ketika demam adalah Sakit kepala, Ruam pada kulit, Sakit sendi, Mata kemerahan. Buat masa ini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Apakah Kesan virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan.

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang dikemukakan oleh KKM untuk membendung penularan virus Zika
1- Elakkan dari gigitan nyamuk dengan memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang, menggunakan repellent (bahan untuk mengelakkan/menangkis nyamuk pada kulit yang terdedah) dan tidur di tempat yang berkelambu

2- Elakkan daripada melakukan aktiviti luar sepanjang tempoh waktu puncak gigitan nyamuk aedes ini, iaitu beberapa jam sebelum senja dan selepas subuh

3- Sekiranya terdapat individu yang menunjukkan tanda dan gejala penyakit ini semasa berada di negara dijangkiti atau setelah pulang ke Malaysia, maka segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran

FAKTA VIRUS ZIKA YANG PERLU ANDA TAHU

Tanda Dan Punca Virus Zika
Fakta Virus Zika
(Visited 537 times, 1 visits today)

Check Also

Khasiat durian belanda

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *