Home » Petua Dan Tips » Tips Atasi Rambut Bercabang

Tips Atasi Rambut Bercabang

Tips Atasi Rambut Bercabang. Rambut bercabang adalah antara masalah rambut yang sering dihadapi oleh wanita. Siapa yang mahu rambut yang serabai dan kusut. Rambutkan mahkota wanita. Ada beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah rambut bercabang.

tips atasi rambut bercabang
tips atasi rambut bercabang

Jika memakai syampu pastikan syampu yang anda guna tidak mengandungi alkohol kerana akan membuatkan rambut menjadi lebih mudah kering. Gunalah syampu yang dibuat dari bahan semulajadi. Kebaikan menggunakan syampu yang semulajadi dapat mengelakan sebarang kesan sampingan.

Bila anda mandi, pastikan rambut anda yang basah dibiarkan kering secara semulajadi. Jangan amalkan mengering rambut dengan pengering elektrik.

Belai rambut anda dengan membuat rawatan sendiri secara berkala. Antara cara atau petua yang boleh anda amalkan adalah dengan kuning telur yang dicampurkan dengan tiga sudu teh minyak zaitun dan satu sudu madu. Kacau sehingga rata, dan sapukan ke rambut. Biarkan selama 30 minit dan bilas.

Tips yang paling berkesan menjaga rambut untuk mengelakan dari bercabang adalah dengan mengunting rambut anda secara berkala. Ini dapat mengalakan pertumbuhan rambut baru yang sihat.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat menyelesaikan masalah rambut anda. Selamat mencuba.

(Visited 95 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *