Home » Petua Dan Tips » Tips Jimat Belanja Untuk Makanan Bulan Ramadhan

Tips Jimat Belanja Untuk Makanan Bulan Ramadhan

Tips Jimat Belanja Untuk Makanan Bulan Ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan untuk kita melakukan ibadah dalam mendapat keredhaanNya. Bila sebut sahaja bulan puasa ramadhan, semua pasti akan terbayang makanan yang berbagai jenis ketika berbuka. Biarlah berpada terutama jika anda hanya pandai membeli sahaja di bazar ramadan. Jangan sampai terlibat dengan pembaziran yang nyata satu sikap kurang baik buat kita.

Tips Jimat Belanja Untuk Makanan Bulan Ramadhan
Tips Jimat Belanja Untuk Makanan Bulan Ramadhan

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.” – ayat 27 Surah Al-Isyra’

Tips Jimat Belanja Bulan Ramadhan

Jom kita tengok beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk berjimat ketika ramadan terutama dalam hal-hal membeli makanan untuk juadah berbuka puasa.

1- Tentukan bajet perbelanjaan anda sepanjang bulan ramadhan ini. Rancang penggunaan wang anda kepada perkara yang perlu sahaja.

2- Bandingkan harga barangan yang ingin anda beli. Berbelanja ditempat yang boleh memberi harga yang berpatutan dan paling penting jangan pergi ke tempat yang cekik darah.

3- Rambang mata atau nafsu yang tidak boleh dikawal sangat bahaya ketika memilih barang terutama makanan di bazar ramadan. Pastikan hanya membeli makanan yang anda perlukan sahaja. Belilah dengan kuantiti yang sedikit agar tidak membazir.

4- Makan atau berbuka sahaja dirumah. Masak sendiri juadah anda. Tidak perlu melalui pakej berbuka puasa yang banyak ditawarkan diluar sana jika anda hanya bersendirian atau dalam kumpulan kecil. Tapi jika sekali sekali boleh namun pastikan mengambil pakej yang betul-betul sesuai dengan kemampuan anda.

5- Eratkan silaturrahim dengan bertukar-tukar juadah dengan jiran. Rasanya dahulu cara ini banyak diamalkan di kampung-kampung namun kini agak kurang, apa lagi jika dibandar besar. Jom kita kembalikan nostalgia bertukar juadah ini.

Semoga tips diatas dapat membantu anda dalam berjimat menguruskan kewangan dan sebagainya sepanjang ramadan ini atau pada hari-hari biasa.

(Visited 161 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *