Home » Petua Dan Tips » Tips Kenali Durian Musang King

Tips Kenali Durian Musang King

Tips Kenali Durian Musang King. Pengemar durian pastinya ada yang sudah mengetahui atau membezakan jenis durian. Namun pastinya ramai lagi yang langsung tidak tahu dan sering terbeli durian yang kurang baik. Adakalanya rasa tertipu apabila terbeli durian tidak seperti yang diharapkan.

Bukan untuk menidakkan jenis durian lain tidak sedap, semua jenis durian ada kelebihan tersendiri, namun Musang King memang menjadi kegilaan pengemar tegar durian. Apa yang perlu anda tahu, jenis ini sukar didapati jadi berhati-hati bila membeli.

Durian Musang King
Tips kenali Durian Musang King

Dibawah ada beberapa tips atau cara untuk mengenali durian musang king. Ini hanya sebagai panduan agar anda mempunyai asas untuk mengenali durian sedap ini.

Tips Dan Cara Kenali Durian Musang King
Tips pertama adalah dengan mengenali warna kulitnya. Warna kulit durian sangat berbagai, mulai dari warna kuning coklat sampai warna hijau keunguan. Durian musang king memiliki kulit yang berwarna hijau kekuningan.

Tips kedua adalah dengan melihat bentuk durinya. Duri durian ada berbagai. Ada yang durinya jarang, ada yang berdekatan satu dengan yang lainnya, ada yang berbentuk persegi dan ada yang berbentuk piramid, ada yang bulat, dan ada juga durinya runcing seperti jarum. Durian musang king durinya berbentuk piramid dan terletak berjauhan antara satu dengan lain.

Tips Kenali Durian Musang King
Garis pembelah kulit musang king membentuk pola bintang

Dari garis pembelah kulit juga boleh membezakan durian musang king. Durian musang king mempunyai garis yang sangat jelas hingga pada ujung bawah buah durian membentuk pola bintang.

Tangkai durian musang king juga agak panjang berbeza dengan jenis lain yang pendek.

(Visited 769 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *