Home » Petua Dan Tips » Tips Menghadapi Peperiksaan

Tips Menghadapi Peperiksaan

Tips Menghadapi Peperiksaan. Di Malaysia, peperiksaan adalah satu perkara yang akan dilalui oleh semua pelajar dalam menilai kemampuan sepanjang anda belajar. Dari peringkat rendah seperti UPSR sampailah ke sekolah menengah dengan PT3, SPM, STPM dan banyak lagi. Itu tidak kira peperiksaan bulanan.

Tips Menghadapi Peperiksaan
Tips Menghadapi Peperiksaan

Dibawah dikongsikan beberapa tips dan petua sebelum dan ketika anda berada dalam dewan peperiksaan.

Datanglah Awal Dengan Persediaan Secukupnya. Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, pemadam, pembaris dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan berlangsung.

Tenang dan percayakan diri sendiri sebelum peperiksaan bermula. Jangan terlalu stress nanti akan menganggu tumpuan anda. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda sudah bersedia dan akan menjawab kertas soalan dengan baik.

Bersantailah dalam dewan dan mengikuti tatacara yang dibenarkan. Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu dengan meluangkan sedikit masa untuk membaca soalan-soalan secara keseluruhan tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Jawablah soalan yang mudah dahulu. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan paling sukar dimana memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya dibuat kemudian.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih dan abaikan jawapan yang anda tahu salah. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa isi penting yang akan ditulis. Kemudian susun mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Periksa jawapan dan harus elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan peperiksaan setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Selesai semua dan anda telah yakin akan jawapan anda, berdoa dan bertawakal. Semoga Tips Menghadapi Peperiksaan ini dapat membantu anda.

(Visited 417 times, 1 visits today)

Check Also

cara dapatkan tidur malam berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *