Home » Petua Dan Tips » Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh mencuba tips merawat kemurungan yang dikongsikan dibawah.

Tips Merawat Kemurungan
Tips Merawat Kemurungan

Apa Itu Kemurungan
Kemurungan (depression) adalah salah satu penyakit psikologi yang melibatkan tekanan perasaan yang serius kepada seorang individu. Ia melibatkan rasa kesedihan, kepiluan, kecewa, putus cinta atau putus harapan, hilang semangat untuk meneruskan kehidupan yang bermakna dan gembira. Kemurungan melanda tidak kira jantina lelaki atau perempuan atau peringkat umur.

Tanda Kemurungan
1. Mula menghadapi gangguan selera makan, hilang selera atau makan berlebihan tanpa sebab.
2. Merasa kesedihan, kepiluan, kesepian dan jiwa kosong yang berpanjangan.
3. Hilang rasa keseronokan terhadap perkara yang memang disukai sebelumnya.
4. Rasa tidak tenteram dna mudah marah
5. Rasa hidup sudah tidak bermakna

Tips Merawat Kemurungan

Ada beberapa cara dan tips yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah kemurungan. Antaranya adalah seperti yang dikongsikan dibawah.

Jika kemurungan disebabkan oleh sesuatu perkara yang pahit, cubalah melupakan. Kita akan sering merasa sedih dan suram apabila mengenang kembali kenangan pahit dan memori silam yang lalu. Memang sukar untuk melupakan tetapi cubalah walaupun tidak sepenuhnya. Latih diri menerima takdir dan terus fokus untuk menjalani kehidupan baru yang lebih baik dimasa depan.

Jika ada masalah besar dalam kehidupan cuba tidak terlalu risau atau terus menerus memikirkan. Ini akan menekan perasaan anda dan menyebabkan stress. Belajar untuk bertenang dan melatih diri anda mengawal emosi bagi mengurangkan perasaan risau yang teramat sangat.

Cuba untuk mencari jalan agar dapat mengembirakan hati. Kalau mahu ketawa, ketawa sahaja sepuasnya. Mungkin banyak bahan hiburan yang mampu membuat anda ketawa. Tonton sahaja video lucu yang anda gemari. Ini kerana ketawa akan dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri.

Terus bersyukur dengan apa yang ada bukan terus mengingati apa yang telah hilang. Bersyukur masih diberikan peluang untuk memperbaiki apa yang kurang. Bersyukur akan dapat menjadikan hati lebih redha dan tenang untuk menerima kenyataan yang pahit dalam hidup.

Buang segala perasaan negetif dalam diri. Terus berfikiran positif dalam segala perkara. Maafkan diri anda jika anda rasa bersalah atas kesilapan atau orang lain yang telah membuat anda dalam kesukaran.

Perkara yang anda perlu sekarang adalah meluahkan segala yang terpendam kepada orang yang anda percaya. Menyimpan perasaan tidak menyelesaikan masalah , malah akan membuat anda semakin tertekan dan murung.

(Visited 83 times, 1 visits today)

Check Also

petua buang angin dalam badan

Petua Buang Angin Dalam Badan Berkesan

Petua Buang Angin Dalam Badan. Tahukah anda apa itu angin dalam badan. Antara tandanya adalah┬áseperti …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *