Home » Petua Dan Tips » 5 Petua Kempiskan Perut

5 Petua Kempiskan Perut

5 Petua Kempiskan Perut. Perut buncit atau bahasa biasa orang guna boroi? sudah cuba bermacam cara terutama cara moden? Apa kata anda cuma lima cara tradisional ini. Mana tahu iainya berkesan untuk mengurangkan masalah kebuncitan anda.

5 Petua Kempiskan Perut
perut buncit

PETUA CARA KEMPISKAN PERUT

1. Ini adalah tips paling asas yang perlu anda amalkan. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan. Mudah sahajakan untuk amalkan ini.

2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Semoga dengan mengamalkan lima cara diatas anda mampu mengatasi masalah keboroian anda. Tak cuba tidak tahu. Semoga memberi manfaat.

Check Also

cara merawat gout

Cara Merawat Gout Yang Berkesan

Rasanya ramai yang menghadapi masalah gout sama ada ringan atau pun teruk. Ada berbagai cara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *