Home » Kesihatan » Bagaimana Memilih Makanan Dengan Bijak

Bagaimana Memilih Makanan Dengan Bijak

Bagaimana Memilih Makanan Dengan Bijak. Itulah persoalan yang perlu anda tahu jawapannya. Di Malaysia begitu banyak jenis makanan sama ada yang moden atau tradisional. Semuanya sedap dan lazat tetapi adakah ianya makanan yang sihat dan seimbang?

Bagaimana Memilih Makanan

Bijakkah kita dalam memilih atau menentukan menu seharian kita. Adakah apa yang kita makan setiap kali sarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan pada waktu malam itu mampu memberikan sesuatu yang diperlukan oleh tubuh badan.

Bagaimana memilih makanan
Ketahui cara memilih makanan dengan bijak

Pemakanan sangat mempengaruhi kesihatan. Dibawah disenaraikan bagaimana memilih makanan dengan bijak terutama kepada pengidap darah tinggi atau hipertensi.

1. Anda harus elakkan memilih makanan yang dibungkus atau diproses.

2. Elakkan jeruk, makanan diawet atau makanan salai.

3. Jika anda selalu menggunakan sos tomato apa kata gantikan sahaja dengan tomato segar yang dikisar. Begitu juga dengan sos cili digantikan dengan pes cili kering atau segar yang dikisar sendiri.

4. Belacan memang sedap namun tidak berapa sihat. Gantikan sambal belacan dengan limau atau perahan asam jawa sahaja.

5. Kurangkan makanan dalam tin seperti sup dalam tin atau kiub digantikan dengan stok ayam dan daging segar untuk digunakan sebagai perencah atau penambah rasa dalam masakan.

6. Jangan gunakan daging atau sayur-sayuran diproses dan disejuk beku. Sebaiknya guna daging atau sayur-sayuran segar.

7. Mi segera atau pasta berperisa paling ramai peminatnya. Anda harus berubah dengan gantikan kepada mi atau mihun sahaja.
8. Elakkan penggunaan ikan masin atau udang kering dalam masakan. Gantikan dengan rempah ratus atau perasa semula jadi lain untuk menambah rasa makanan.

9. Guna perasa semulajadi. Bawang putih dan halia juga boleh digunakan pada ayam atau ikan sebelum dibakar untuk memberi lebih rasa dan aroma pada ayam tersebut tanpa perlu menggunakan kicap atau sos tiram.

10. Gantikan snek tinggi sodium seperti kacang masin, kerepek dan keropok dengan buah-buahan dan snek rendah sodium.

Semoga perkongsian diatas mampu memberikan anda sedikit panduan dalam bagaimana memilih makanan yang sihat dengan bijak. Mencegah lebih baik dari merawat, anda mampu mengubahnya.

Check Also

Jenis Vitamin dan fungsinya

Jenis Vitamin Dan Fungsinya

Jenis Vitamin Dan Fungsinya. Apakah itu vitamin? Vitamin adalah┬ábahan organik yang sangat diperlukan oleh badan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *