Home » Gaya Hidup » Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya

Cara Berhenti Onani Dan Hukumnya. Tahukah anda apa itu onani? Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Cara Berhenti Onani
Cara Berhenti Onani dan hukumnya

 

APA ITU ONANI DAN CARANYA

Tabiat buruk onani , melancap atau masturbasi ini bukan sahaja melibatkan lelaki tetapi juga wanita. Bagi lelaki onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual. Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Kalau diikutkan banyak carian di google berkaitan onani. Antaranya cara berhenti onani, cara melancap yang betul, onani dalam islam, cara perempuan onani dan banyak lagi. Semua ini menunjukan tabiat ini memang wujud dan dilakukan ramai orang.

KEBURUKAN ONANI

  • Melemahkan zakar. Apabila melakukan persetubuhan dengan isteri, pancutan air mani akan berlaku bukan dalam masa yang betul. Pendek kata, cepat pancut.
  • Apabila pancutan berlaku bukan pada masanya, isteri tidak akan mencapai tahap klimaks. Ini menyebabkan si isteri kecewa dan tidak mencapai nikmat klimaks.
  • Menyebabkan lemah daya fikir dan lemah daya ingatan. Perkara ini menyebabkan kita sukar menerima pelajaran, apatah lagi menghafal sesuatu perkara.
  • Menyebabkan keletihan. Kerana proses pancutan air mani melibatkan juga proses pembakaran kalori yang memerlukan tenaga yang banyak. Justeru, tidak hairanlah sekiranya pengamal onani kelihatan kurus kering.
  • Membazir air mani. Air mani tidak dipancutkan di tempat yang hak. Sebaliknya, ia dibuang begitu sahaja tanpa memanfaatkan air mani tersebut.

HUKUM MELAKUKAN ONANI DALAM ISLAM

Onani dengan hanya sekadar untuk membangkitkan syahwat, hukumnya adalah haram secara umum. Maksud ayat al-quran dibawah menyebut:

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak-budak yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (QS. Al Ma’arij: 29-31).

Untuk lebih lanjut berkaitan hukum Onani rujuk Hukum Onani Masturbasi

CARA BERHENTI ONANI
Disini dikongsikan beberapa cara atau tips yang boleh diamalkan untuk menghentikan tabiat onani bagi lelaki mahupun wanita.

1. Berdoa kepada Allah, memohon taubat untuk berhenti daripada melakukan perbuatan onani selamanya.
2. Harus memiliki tekad, kemahuan dan motivasi yang kuat untuk melakukan perubahan.
3. Elakkan daripada duduk bersendirian di rumah.
4. Hindari daripada berkawan dengan individu yang turut sama gemar melakukan onani.
5. Sentiasa bergaul dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa agar dapat membimbing kamu ke jalan yang benar.
6. Mandi dengan secepat mungkin. Elakkan daripada berada lama di kamar mandi.
7. Hindari daripada menonton video porno atau mana-mana media sosial yang mengghairahkan.
8. Cuba lakukan aktiviti riadah seperti berenang, berjoging atau pun bersukan.
9. Cari hobi yang menarik agar kamu lebih fokus untuk melakukan kerja-kerja yang lebih bermanfaat.
10.Perbanyakan amal ibadah seperti solat istiqamah, solat taubat, solat malam, membaca Al-Quran dan berzikir.

Kuatkan tekad anda untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan sebagai manusia beragama. Semoga perkongsian cara berhenti onani dan hukumnya ini dapat memberikan jalan untuk kita mencapai gaya hidup yang sihat. Katakan tidak kepada tabiat onani, melancap atau masturbasi.

Check Also

kelebihan puasa ramadhan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *