Home » Petua Dan Tips » Cara Hilangkan Bintik Hitam Muka

Cara Hilangkan Bintik Hitam Muka

Cara Hilangkan Bintik Hitam Muka. Ada masalah muka seperti bintik hitam? Pasti dengan kemunculan bintik hitam ini akan menganggu penampilan dan keyakinan anda berdepan dengan ramai orang. Tapi usah risau kerana kami akan kongsikan beberapa cara atau petua yang boleh anda amalkan.

Apa yang anda perlu adalah bahan-bahan semulajadi. Tidak perlu bahan kimia yang mungkin akan memberi kesan sampingan jika kulit anda tidak sesuai untuknya. Anda cuma perlu guna kacang soya , putih telur , lemon dan betik.

Cara pertama adalah dengan mengunakan putih telur. Ambil sebiji telur, pisahkan kuning dan putih telurnya. Sapukan putih telur pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama 20 minit atau sehingga kering. Amalkan setiap hari untuk kesan yang lebih sempurna.

cara hilangkan bintik hitam
cara hilangkan bintik hitam

Vitamin C boleh membantu mengurangkan bintik hitam pada wajah. Salah satu buah yang tinggi vitamin C adalah lemon. Anda hanya perlu ambil sebiji lemon belah menjadi dua dan tenyeh lembut kepada bahagian yang terdapat bintik hitam.

Kacang soya juga membantu anda mengatasi masalah kulit muka. Caranya adalah dengan ambil beberapa biji kacang soya, kisarkan sampai halus. Sapukan pada bahagian wajah yang terdapat bintik hitam. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air sejuk sehingga bersih.

Cara lain adalah dengan menggunakan dua potong betik masak yang telah dikisar hingga halus. Tambahkan susu dan madu, kemudian sapukan merata pada seluruh wajah atau pada bahagian yang ada bintik hitam. Biarkan sehingga kering, setelah itu bilas sampai bersih.

Amalkan empat cara diatas secara kerap untuk memberikan kesan yang sempurna untuk memastikan masalah bintik hitam diwajah anda hilang. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada anda.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *