Home » Petua Dan Tips » Cara hilangkan Ketuat Yang Berkesan

Cara hilangkan Ketuat Yang Berkesan

Cara hilangkan Ketuat Yang Berkesan. Anda pernah tengok ketuat? Biasanya ketuat boleh terjadi dibahagian kaki kadang-kadang ada juga dibahagian lain.

Cara hilangkan ketuat
Cara hilangkan ketuat

Tahukah anda apa itu ketuat. Sebelum kita pergi kepada cara hilangkan ketuat aoa kata kita ketahui dulu ketuat dan jenis-jenis ketuat.

Apa Itu Ketuat
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). ( Dari sumber wikipedia )

Gambar ketuat pada kaki
Gambar ketuat pada kaki

Ada berbagai jenis ketuat yang menjangkiti manusia. Dibawah disenaraikan beberapa jenis ketuat sebagai infomasi anda.

Ketuat biasa
Juga dikenali sebagai common wart merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.

Ketuat kaki
Merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya dikawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ketuat jenis ini mungkin menyebabkan kesakitan atau menimbulkan rasa tidak selesa apabila berpijak dengan kaki yang dijangkiti.

Ketuat filiform
Ketuat jenis ini pula merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang panjang seperti jari. Ketuat ini timbul pada bahagian sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

Ketuat planar
Satu lagi adalah ketuat planar yang merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian permukaan kulit yang lembut. Ketuat ini berbentuk biji-biji leper dipermukaan kulit, dan bewarna seakan-akan warna kulit.

Ketuat kelamin
Ketuat turut menjangkiti bahagian alat kelamin atau dipanggil juga Genital warts.

Petua Atau Cara Hilangkan Ketuat

Ada beberapa cara yang boleh anda amalkan. Beberapa cara atau petua tradisional ini juga diyakini berkesan untuk hilangkan ketuat.

1. Ubat nyamuk juga ada kegunaannya untuk hilangkan ketuat. Cuma bancuh abunya dan sapukan di ketuat dan biarkan kering. Juga hendaklah dilakukan beberapa kali.

2. Daun kesum ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan garam halus. Kemudia disapukan kepada ketuat beberapa kali sehingga ianya kering dan tertanggal sendir.

3. Sapukan getah dari pelepah betik yang baru dipetik dari pokok ke atas ketuat yang timbul. Hendaklah dilakukan beberapa kali sampai ianya mengering dan tertanggal sendiri.

4. Celupkan lidi ke minyak masak yang panas dan titikkan ke atas ketuat dan biarkan ia kering. Lakukan lah ia sehingga beberapa kali sehingga ketuatnya hilang.

5. Boleh juga sapukan kapur sirih ke atas ketuat sehingga ianya mengering dan tertanggal sendir. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

Cara hilangkan ketuat yang dikongsikan diatas adalah persedian petua tradisional. Jika masalah berlarutan anda perlu merujuk kepada doktor yang lebih pakar untuk rawatan lanjut.

Penggunaan ubatan dan rawatan moden juga boleh dicuba untuk cara hilangkan ketuat.

Ubat sapu
Ubat sapu yang selalunya dipakai adalah ‘Salicylic acid’ yang bertindak untuk membunuh sel-sel epithelium dibahagian kulit yang mempunyai masalah tersebut. Ia perlu digunakan secara berterusan dalam 12 minggu

Cryotherapy
Dalam rawatan ini, cecair nitrogen yang sejuk digunakan untuk membunuh kawasan kulit yang mempunyai masalah tersebut. Cecair tersebut diletakkan selama beberapa saat dan kemudian dibuang. Kawasan kulit tersebut akan melepuh dan benjolan itu akan hilang. Ia mengambil masa beberapa hari untuk luka dikawasan tersebut benar-benar baik.

Semoga perkongsian rawatan cara hilangkan ketuat ini dapat membantu anda. Anda adalah dinasihatkan berjumpa doktor lebih pakar untu rawatan yang lebih sesuai selain dari mengamalkan petua tradisional. Selamat mencuba.

Check Also

Petua kempiskan perut buncit

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat. Perut buncit memang dialami oleh sesiapa sahaja. Paling ketara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *