Home » Petua Dan Tips » Cara Memilih Baju Melayu Yang Betul

Cara Memilih Baju Melayu Yang Betul

Baju melayu adalah pakaian yang menjadi pilihan ketika perayaan seperti hari raya aidilfitri. Bagi lelaki tidak lengkap jika tiada baju melayu. Bukan sahaja untuk hari raya tetapi boleh juga digunakan pada hari biasa untuk majlis rasmi tertentu, sembahyang jumaat, kenduri dan lain-lain. Tapi tahukah anda cara memilih baju melayu yang betul? Dibawah dikongsikan cara atau tips memilih baju melayu.

cara memilih baju melayu
cara memilih baju melayu yang betul

Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju lengan panjang dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.

Berbagai jenis jenama baju melayu ada pada masa ini. Kebanyakannya dipopularkan oleh artis-artis dimana ianya mendapat sambutan yang tinggi. Jualan secara online juga banyak dibuat antaranya menerusi gedung jualan atas talian seperti Lazada dan Zalora serta banyak lagi.

Bagi yang menempah sudah pasti akan dapat pakaian mengikut citarasa anda. Namun kepada yang membeli baju melayu yang telah siap sudah pasti anda perlu memilih dengan teliti agar dapat memenuhi citarasa anda dari segi potongan, jenis kain, warna dan berbagai aspek lain. Kesimpulannya bukan mudah dan anda perlu tahu cara memilih baju melayu yang betul.

Cara Memilih Baju Melayu

Jom kita ketahui apakah cara atau tips yang perlu anda ketahui semasa membeli baju melayu. Jangan tersalah pilih nanti menyesal di pagi raya.

Perkara pertama yang harus anda utamakan ketika memilih baju melayu adalah cutting atau potongan. Perlu diingatkan bahawa cantik baju melayu terletak pada potongannya. Jangan hanya lihat pada jenama atau warna. Pastikan cutting baju melayu yang dibeli tidak terlalu longgar dan tidak terlalu fit. Kemas sahaja, baru nampak smart.Kalau ketat nanti anda akan jadi buah nangka dipagi raya.

Seterusnya cara memilih baju melayu adalah memastikan jenis kainnya. Pastikan material tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis, tetapi selesa dipakai dan tidak menampakkan peluh. Maklumlah cuaca di Malaysia ini panas. Nanti sibuk beraya badan habis kuyup dengan peluh akibat kepanasan. Lagi pun bila raya sudah tentu makan banyak dan akan membuatkan anda berpeluh dengan banyak.

Warna juga memainkan peranan dalam memilih baju melayu yang sesuai. Mungkin bagi yang berpasangan sudah merancang untuk memakai warna yang sama untuk kelihatan sedondon. Sangat digalakkan memilih warna yang sedikit pudar berbanding warna terang. Antara warna yang paling popular dipilih untuk baju melayu adalah warna biru, coklat, cream, dusty purple, dark grey, dusty green dan dusty blue. Tapi semua terletak kepada citarasa anda sendiri.

Butang baju melayu juga memainkan peranan penting. Butang yang bersifat unik dan cantik boleh menaikkan lagi taraf kecantikan baju melayu yang dipakai. Ingin nampak lebih segak pilihlah butang yang sesuai dengan baju melayu terutama pada warna.

Samping membuatkan si pemakai baju melayu kelihatan segak dan kemas. Jadi cara anda memilih samping juga memainkan peranan yang penting. Jangan nanti nampak janggal kerana berbeza sangat dengan warna baju anda. Pilihlah samping yang berwarna cerah untuk menaikkan warna baju melayu. Lazimnya samping jenis songket memang menjadi pilihan lelaki melayu.

Itulah tips atau cara memilih baju melayu yang perlu anda ikut. Sebelum membeli buat pilihan sebaiknya. Jangan terpedaya sangat dengan jenama atau promosi. Ikut jenis baju melayu yang sesuai untuk anda. Baju melayu bukan hanya untuk dipakai pada hari raya, tetapi pilih baju yang boleh digunakan pada majlis lain. Berjimatlah sikit jangan asyik membeli sahaja setiap kali ada majlis lain selain hari raya.

sumber

Check Also

cara merawat kayap

Cara Merawat Kayap Dengan Petua Tradisional

Anda ada masalah penyakit kulit iaitu kayap? Faktor usia memainkan peranan dimana mereka yang semakin …

2 comments

  1. baju melayu pun ada cara pemilihan juga ehhh

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *