Home » Gaya Hidup » Perkara Asas Dalam Memilih Calon Isteri Terbaik

Perkara Asas Dalam Memilih Calon Isteri Terbaik

Perkara Asas Dalam Memilih Calon Isteri Terbaik. Siapa yang tidak mahu mempunyai isteri dan seterusnya membina keluarga yang bahagia. Setiap yang bujang pasti mahu berkahwin dengan wanita idaman bahkan yang duda pun sudah pasti ada keinginan yang sama.

Memilih Calon Isteri Terbaik
Perkara Asas Dalam Memilih Calon Isteri Terbaik

Pada zaman sekarang dengan arus permodenan kita semakin mudah menemui pasangan hidup. Dengan berbagai kemudahan serta dengan capaian internet alat perhubungan semakin banyak. Di media sosial sahaja seperti facebook ramai yang telah menemui jodoh masing-masing. Siapakah ciri wanita pilihan anda?

Namun tahukah anda dalam memilih calon isteri, Islam telah menyatakan beberapa kaedah agar setiap pasangan itu dapat mencapai keluarga bahagia. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam memilih calon isteri terbaik adalah seperti dibawah.

Utamakan memilih agamanya
Asas pertama ini adalah faktor yang paling dominan. Islam merupakan agama fitrah dan moral yang mulia maka sesuatu pernikahan harus berasaskan dengan sifat-sifat yang mulia, nilai-nilai luhur dan etika yang baik. Perempuan adalah manusia dan sebaik-baik manusia adalah yang memiliki martabat kemanusiaan yang tinggi dan mulia.

Sebagai contoh, Rasulullah SAW menikahi Khadijah yang ketika itu berusia 40 tahun manakala baginda ketika itu berusia 25 tahun. Namun dalam mengharungi bahtera kehidupan, mereka adalah yang tergolong dalam golongan yang paling berjaya dan penuh kebahagiaan. Kenapa? Kerana apabila yang berakhlak mulia bertemu dengan mereka yang berakhlak mulia maka keduanya menjalani kehidupan dengan jiwa dan fitrah yang suci dan bertaqwa.

Bagi orang zaman sekarang, mereka lebih mementingkan akan paras rupa dan kecantikan tubuh wanita dalam mengukur keperibadian seseorang wanita untuk dijadikan calon isteri. Walhal kriteria yang dipakai Rasulullah itulah yang membuat baginda dapat menikmati kedudukan yang mulia dan dihormati.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Dari Jabir r.a., Sesungguhnya Nabi SAW. telah bersabda: Sesungguhnya perempuan itu dinikahi orang kerana agamanya, kedudukan, hartanya, dan kecantikannya; maka pilihlah yang beragama” (HR. Muslim dan Tirmidzi).

Rasulullah SAW melarang kaum lelaki memilih kecantikan semata-mata dalam menentukan calon isteri. Baginda bersabda:

“Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam yang baik agamanya itu lebih utama.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Haram menikahi perempuan musyrik, kafir dan yang tidak beragama samawi
Menikahi orang kafir misalnya Majusi, Buddha, Hindu, penyembah berhala dan sebagainya adalah diharamkan dalam Islam. Seperti firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya perempuan mukmin lebih baik daripada perempuan musyrik walaupun dia menarik hatimu (sebab itu perempuan musyrik tidak boleh dikahwini).”

Oleh sebab itu, Islam melarang penyambungan antara dua hati dan dua akidah yang bertentangan kerana nikmat sesebuah pernikahan bukan hanya pada nafsu semata-mata malah meliputi pelbagai aspek dalam kehidupan bahtera rumah tangga. Selain itu, ianya dapat menjaga kedamaian dalam sesebuah ikatan kekeluargaan. Itulah rahsia Islam.

Wanita dari keturunan yang baik
Islam menyeru umatnya agar memilih calon pasangan yang datangnya dari keturunan yang baik. Alasan yang paling kukuh adalah kerana keluarga memainkan peranan utama dalam pembentukan akhlak dan keimanan seseorang. Seorang wanita yang lahir dari keluarga yang baik dan Islamik akan melahirkan zuriat dan keturunan yang mulia.

Semoga perkongsian cara atau perkara asas memilih calon isteri terbaik ini memberi manfaat kepada yang membaca. Kongsi-kongsikan.

Check Also

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi. Tahukah anda cara mandi juga boleh mendatangkan masalah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *