Home » Petua Dan Tips » Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan orang berhampiran anda tidak dapat tidur lena. Ada cara mencegah tidur berdengkur ini. Sama ada dengan rawatan moden atau beberapa amalan petua tradisional.

Cara Mencegah Tidur Berdengkur
Tips dan petua atasi tidur berdengkur

Tahukah anda bahawa masalah tidur berdengkur ini berbahaya sebenarnya. Menurut satu catatan yang dipetik dari sumber laman myhealth :

Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil sleep apnea iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. Sleep apnea boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Masalah berdengkur perlu mendapat rawatan pakar. Khidmat nasihat akan diberikan mengikut tahap keseriusan dengkur yang dialami. Anda boleh mendapatkan khidmat pakar telinga, hidung dan tekak yang akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher untuk mengenal pasti tahap dengkur anda.

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Selain rawatan atau khidmat nasihat pakar, ada beberapa cara yang boleh dibuat dalam usaha mencegah tidur berdengkur.

1. Cara pertama adalah mengurangkan tidak langsung mengambil minuman keras berakohol sebelum tidur. Ubatan yang menyebabkan mengantuk juga perlu dielakan.

2. Tidak mengambil tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur adalah salah satu cara untuk mencegah dengkur semasa tidur.

3. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan , apa yang perlu adalah mengurangkan berat badan anda. Dapatkan berat badan yang ideal. Dapatkan cara mengira berat badan ideal menerusi formula BMI ini.

4. Dalam islam pun memang disunnahkan cara tidur yang betul. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang. Mudah sahaja bukan.

5. Tinggikan posisi kepada ketika tidur. Gunakan sahaja bantal yang sesuai. Ini adalah bertujuan supaya lidah tidak tertolak ke belakang.

6. Amalkan tidur yang tetap setiap hari. Ajar diri anda untuk tidur mengikut jadual yang anda telah tetapkan. Untuk tidur lebih lena baca baca cara mendapatkan tidur malam yang berkualiti ini.

Punca Tidur Berdengkur
Ada beberapa perkara atau punca yang menyebabkan tidur berdengkur.

Dengkur terjadi akibat hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak secara tidka langsung mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam.

Punca lain adalah kerana anak tekak yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

Tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya menyebabkan berdengkur terutama kepada kanak-kanak. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan leher yang pendek dan besar juga salah satu punca.

Lidah akan tertolak ke belakang dan menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan. Ini terjadi akibat otot pada lidah, lelangit dan tekak yang lemah.

Kesimpulannya ada berbagai cara mencegah tidur berdengkur serta punca akan terjadinya perkara yang merimaskan orang lain ini. Selain itu jika berterusan tanpa rawatan atau pencegahan boleh mendatangkan bahaya tanpa anda sedar.

Check Also

Tips Merawat Kemurungan

Tips Merawat Kemurungan Yang Berkesan

Anda tahu apa itu kemurungan? Jika anda atau ada sahabat anda menghadapi masalah ini boleh …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *