Home » Petua Dan Tips » Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Cara Mendapatkan Tidur Malam Berkualiti

Tidur adalah waktu untuk kita berehat sepenuhnya dari sebarang aktiviti. Tidur akan membantu mengembalikan tenaga yang telah digunakan pada siang hari. Untuk mendapatkan semua itu kita perlukan tidur yang berkualiti. Bagaimana cara mendapatkan tidur malam berkualiti ?

cara mendapatkan tidur malam berkualiti
cara mendapatkan tidur malam berkualiti

 

Mungkin ramai yang mengalami masalah sukar untuk tidur malam atau sering terjaga semasa tidur. Kekurangan waktu tidur akan menjejaskan kualiti hidup kerana anda akan lesu pada keesokan harinya. Bagi yang bekerja sudah pasti produktivi dan tumpuan akan terjejas.

Punca Gagal Mendapat Tidur Berkualiti

Antara punca yang sering dikaitkan adalah faktor tekanan atau stress. Ini disebabkan sentiasa teringat atau berfikir tentang isu-isu kehidupan seperti konflik di rumah atau tempat kerja. Punca lain adalah berkait rapat dengan faktor umur. Semakin meningkat umur semakin akan kerap terjaga pada waktu malam. Ini secara tidak langsung menjejaskan waktu tidur. Pengambilan alkohol dan kafein boleh membuat anda terjaga pada waktu malam lebih kerap daripada biasa. Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Cara Mendapatkan Tidur Yang Berkualiti

Ada beberapa cara atau tips yang boleh diamalkan untuk mendapatkan waktu tidur yang berkualiti atau tidur dengan lena. Antara yang boleh anda amalkan adalah seperti berikut.

Tidak mengambil makanan berat sebelum tidur. Makanan berat akan membuat kerja-kerja sistem pencernaan yang lama. Ini akan menganggu tidur atau anda sukar untuk tidur. Jika berasa lapar pada waktu malam atau sebelum tidur cukup sekadar mengambil makanan ringan untuk mengalas perut seperti biskut, bijirin dan susu.

Kopi mengandungi kafien manakala rokok mengandungi nikotin. Adalah disarankan tidak meminum kopi atau merokok sebelum tidur.

Kurangkan waktu tidur pada siang hari. Tidur yang berlebihan pada siang hari akan membuatkan anda sukar tidur pada malamnya. Lakukanlah aktiviti lain pada siang hari jika mengantuk seperti bersenam atau beriadah. Namun jika mengantuk juga cukup sekadar tidur dalam jangka waktu yang pendek sekurang-kurangnya 30 minit.

Didik diri agar tidur pada waktu yang tetap setiap hari. Tentukan masa tidur anda dan waktu berjaga. Contohnya tidur jam 11 malam dan bangun jam 6 pagi setiap hari tidak kira hari bekerja atau cuti hujung minggu. Dengan cara ini otak atau badan anda akan diajar untuk tidur bila sampai waktunya.

Semoga dengan beberapa tips mudah atau cara mendapatkan tidur malam berkualiti ini akan dapat membantu anda. Dapatkan rehat secukupnya ada malam hari agar anda cergas pada siangnya.

Check Also

Cara Mencegah Tidur Berdengkur

Cara Mencegah Tidur Berdengkur Dan Puncanya

Mungkin ramai yang menghadapi masalah ini. Anda mungkin tidak sedar yang anda tidur berdengkur sedangkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *