Home » Petua Dan Tips » 5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda Yang Mudah

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda Yang Mudah

5 Cara Merawat Masalah Kulit Anda. Kulit adalah antara bahagian anggota tubuh yang terdedah. Jadi tidaj hairanlah ianya akan menghadapi berbagai masalah. Antara masalah kulit yang kerap berlaku adalah kulit kusam, kemerahan, jerawat, kedutan dan masalah pada bahagian mata.

Cara Merawat Masalah Kulit
5 Cara terbaik atasi masalah kulit

Cara Merawat Masalah Kulit Yang Berkesan

Tiada masalah tanpa penyelesaian. Apa yang perlu kita berusaha mencarinya dan andai bersesuaian pasti semuanya akan pulih kembali. Dibawah dikongsikan beberapa cara atasi masalah kulit anda.

Cara hilangkan jerawat
Perkara biasa yang berlaku pada kulit tidak kira wanita atau lelaki adalah jerawat. Salah satu cara mengatasi masalah jerawat adalah dengan menyapukan krim jerawat yang mengandungi kandungan lima peratus asid salisilik ataupun 2.5 peratus benzoyl peroxide. Cara ini dapat meredakan jerawat dalam masa sekurang-kurangnya seminggu.

Baca juga : Petua Hilangkan Jerawat Secara Tradisional

Masalah kulit sekitar mata sembap
Redakan kesembapan bawah mata dengan pelembap dapat mengurangkan rengsa dengan serum. Pastikan anda tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara ini, ia dapat mengawal cecair agar terus ke bahagian bawah mata, lantas kelembapan dapat kekal di bawah mata dan menghasilkan mata yang segar keesokan hari.

Kurangkan masalah kedutan pada kulit
Apa yang anda perlu buat adalah gunakan pelindung matahari seperti SPF yang dapat mengelakkan kulit daripada nampak berkedut, namun dengan lapisan serum antioksida dan Vitamin C ia akan dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

Rawatan untuk kulit kemerahan
Kulit yang sensitif sering berdepan dengan masalah kemerahan. Cara untuk menyelesaikannnya adalah dengan memilih produk dengan label ‘calming’, ‘soothing’ dan ‘anti-redness’ untuk memberikan magis pada kulit yang kemerahan. Cara lain adalah dengan rendamkan tuala di dalam susu berais, kemudian sapukan pada bahagian yang kemerahan. Kandungan protein dan efek digin daripada susu tersebut akan dapat meredakan kemerahan.

Masalah kulit wajah kusam
Ketika duduk tundukkan kepala anda pada paras lutut dan kekalkan posisi itu selama satu minit. Apabila kepala berada lebih rendah daripada jantung, tarikan graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih segar dan tampak kemerahan secara semula jadi.

Semoga perkongsian cara merawat masalah kulit ini dapat membantu anda mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

EXTRA :
Kulit terdiri dari tiga lapisan utama iaitu Epidermis yang tahan air dan berfungsi sebagai penghalang terhadap infeksi, Dermis yang berfungsi sebagai lokasi untuk pelengkap kulit dan Hipodermis. sumber

Check Also

cara merawat kayap

Cara Merawat Kayap Dengan Petua Tradisional

Anda ada masalah penyakit kulit iaitu kayap? Faktor usia memainkan peranan dimana mereka yang semakin …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *