Home » Petua Dan Tips » Cara Putihkan Bebola Mata Yang Kuning

Cara Putihkan Bebola Mata Yang Kuning

Cara Putihkan Bebola Mata yang berwarna kuning. Kenapa bebola mata menjadi kuning? Bebola mata menjadi kuning biasanya berpunca daripada beberapa penyakit yang menyerang organ dalam tubuh manusia seperti penyakit hati, hempedu, pankreas dan beberapa organ utama yang lain. Namun tidak semua berpunca dari penyakit. Lebih bagus jika dibuat pemeriksaan doktor.

Cara putihkan bebola mata
Cara putihkan bebola mata yang kuning

Cara Putihkan Bebola Mata

Sebeum kita ketahui cara memutihkan bebola mata, ketahui dulu punca yang bukan dari masalah penyakit. Bebola mata menjadi kuning juga sebenarnya boleh disebabkan oleh perkara lain selain penyakit. Antara puncanya adalah seperti dibawah.

Punca Bebola Mata Kuning

Antara puncanya adalah dari dedahan sinaran UV, kekurangan air dalam badan, Pengambilan kafein yang berlebihan dan terdedah kepada asap serta dari alahan.

Cara Putihkan Bebola Mata yang berwarna kuning
Ada berbagai cara yang diyakini berkesan dalam mengatasi masalah ini.

Salah satu cara yang paling pantas adalah dengan menggunakan cecair titisan mata. Berbagai jenis dan jenama ada dijual dipasaran.

Tahukah anda bahawa badan yang kering akan mempengaruhi warna bebola mata. Jadi anda dinasihatkan untuk minum air secukupkan agar badan kekal hidrat. Badan sangat memerlukan air.

Makanan yang tinggi dengan gula dan lemak akan mengumpul toksin dalam hati dan apabila fungsi organ itu tidak lagi normal, toksin yang masuk ke dalam tubuh itu tadi akan mempengaruhi keadaan mata menjadi kuning atau merah. Oleh itu, elak pengambilan gula, lemak dan segala makanan yang diproses agar keadaan hati dan mata sentiasa terjaga.

Kepada pengemar minuman berkafein tinggi perlu tahu akan ini. Kafein dapat mengeringkan keadaan dalam badan. Oleh itu, adalah mustahak untuk anda mengelak daripada kerap meminum minuman kafein seperti kopi dan teh. Jika tetap mahu minum, selangkannya dengan minuman air putih agar ia dapat menstabilkan bendalir dalam tubuh.

Elak diri daripada terdedah kepada habuk, asap, debunga atau sebarang partikel halus yang bisa membuatkan diri anda alah. Ini kerana sumber-sumber alah ini bakal menjadikan mata tidak sihat.

sumber

Check Also

Petua kempiskan perut buncit

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat

Petua Kempiskan Perut Dengan Cara Selamat. Perut buncit memang dialami oleh sesiapa sahaja. Paling ketara …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *