Home » Gaya Hidup » Ciri Orang Yang Ketagih Pornografi Atau Video Lucah

Ciri Orang Yang Ketagih Pornografi Atau Video Lucah

Ciri Orang Yang Ketagih Pornografi. Apa itu yang dinamakan pornografi. Dalam bahasa pasar yang biasa kita dengar orang sebut video lucah atau yang ala-ala advance sikit cakap video blue.

Ketagih Pornografi
Ciri Orang Ketagih Video Lucah Pornografi

APA ITU PORNOGRAFI
Memetik kata Thomas Bombadil pornografi adalah segala bentuk tindakan melihat orang lain sebagai sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Menurut American Heritage Dictionary pornografi adalah gambar, tulisan atau material lain yang memiliki tujuan utama memenuhi hasrat seksual.

Selain itu ada juga beberapa lagi definasi berkaitan pornografi antaranya:

The Council of Europe mendefinisikan pornografi sebagai segala bentuk material audio visual dalam konteks seksual.

International Criminal Police Organisation (INTERPOL) delegates mendefinisikan pornografi sebagai bentuk gambaran dari eksploitasi seksual, yang berfokus pada perilaku seksual atau alat kelamin.

Banyak lagi maksud dan definasi yang telah dikeluarkan namun semuanya mengarah kepada maksud menggunakan sesuatu bahan yang bertujuan kepada seks.

CIRI ORANG KETAGIH PORNOGRAFI

Ada beberapa ciri yang boleh mengambarkan akan sipenagih video lucah atau bahan-bahan visual yang merangsang nafsu ini. Namun ciri-ciri ini adalah gambaran umum yang perlu kita selidik lagi. Kerana tidak semua yang bersikap dari sebahagian dari ciri dibawah adalah golongan yang ketagih pornografi

Kerap berimaginasi. Sering membayangkan sesuatu yang biasa kepada seksual. Contoh bila nampak pisang atau kerang pasti akan membayangkan akan perkara yang menghairahkan. Kepala otak macam sudah mereng atau orang sekarang panggil otak kuning. Bila sudah tidak tahan, onani jadi pilihan.

Orang yang sudah biasa menikmati video pornografi atau sudah ketagih akan menganggap adegan ciuman, adegan wanita seksi, adegan romantis antara lelaki dan wanita di video klip atau filem sebagai sesuatu yang biasa saja atau sesuatu yang indah dan boleh dianggap sebagai sebuah seni. Paling tidak adegan sebegini akan dinanti-nanti munculnya.

Bagi orang yang sudah berumahtangga, bila sudah ketagih pornografi dia tidak akan puas dengan hubungan kelamin yang normal. Mereka akan menagih sesuatu yang lebih seperti yang pernah dilihat dalam video pornografi.

Bila sudah ketagih pasti tidak mampu mengawal keinginan. Sama sahaja seperti penagih dadah. Tidak menonton sehari rasa tidak keruan. Sanggup berhabis duit untuk mendapatkan data internet. Maklumlah zaman sekarang semua boleh didapati hanya di telefon pintar.

Jika dulu dia seorang yang kuat amal ibadahnya, bila sudah terjebak akibat iman yang nipis pasti amalnya juga akan mula menurun. Kualiti hidup juga semakin menurun.

Diatas adalah sebahagian sahaja ciri-ciri ketagih pornografi. Banyak lagi yang perlu diperhatikan terutama kepada ibu-bapa terhadap anak-anak kecil. Namun zaman sekarang ibu bapa juga ramai yang ketagih menonton, bagaimana hendak mendidik anak?

Adakah anda diantara penagih filem lucah atau pornografi? Hanya anda yang tahu kehidupan belakang tabir anda. Tepuk dada tanya iman. Takkan sampai ke mati tidak mahu berubah.

Check Also

kelebihan puasa ramadhan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *