Home » Gaya Hidup » Ciri Suami Soleh Idaman Wanita

Ciri Suami Soleh Idaman Wanita

Ciri Suami Soleh Idaman Wanita. Bukan mudah menjadi lelaki yang bergelar suami. Tahukah anda bahawa suami bertanggungjawab untuk membimbing keluarganya ke jalan yang diredai Allah SWT. Jika gagal, menjawablah anda yang bergelar suami kelak.

Ada beberapa ciri suami yang menjadi idaman para isteri yang mana dipercayai mampu membawa isteri dan anak-anak melalui kehidupan yang lebih sempurna dan diredhai Allah.

ciri suami idaman wanita
ciri suami idaman wanita

Ciri yang paling utama dan wajib ada kepada seorang lelaki bergelar suami adalah taat kepada perintah Allah. Segala kewajipan sebagai muslim mesti diselesaikan terlebih dahulu seperti solat mesti tepat pada waktu supaya urusan rumah tangga pun mudah. Jika seorang suami meninggalkan solat maka tidak hairan kenapa urusan rumah tangga pun menjadi tonggang terbalik.

Suami yang baik adalah suami yang mampu memberikan nafkah dengan sempurna. Bukan sahaja nafkah batin tetapi keperluan zahir isteri dan anak-anak. Suami perlu sediakan duit makan, rumah dan keperluan rumah tangga. Jika suami bagi sikit duit kepada isteri untuk beli apa-apa barang yang dia suka seperti pakaian, alat mekap dan sebagainya tidak menjadi masalah.

Seorang suami yang baik dan soleh mestilah tidak pernah mendekatkan dirinya kepada perbuatan maksiat. Dia akan meninggalkan segala larangan Allah SWT demi memastikan kerukunan rumah tangganya dilindungi. Selain tidak minum arak, berjudi, berzina dan lain-lain maksiat.

Suami juga perlu sentiasa nampak segak dimata isteri. Jagalah penampilan dan kebersihan anda. Sebab kita mengetahui ramai suami yang mahu isteri kelihatan cantik dihadapannya, begitu juga isteri sudah pasti mahu melihat suaminya sentiasa segak.

Suami yang soleh sentiasa menjaga hubungannya dengan wanita lain iaitu bukan mahramnya bila diluar rumah. Bila suami jaga hubungan dengan perempuan lain, Insha Allah Allah SWT akan menjaga isterinya. Dia juga akan menjaga hubungannya dengan lelaki yang bukan mahramnya ketika berada di luar rumah.

Suami haruslah sentiasa memberi perhatian kepada isteri. Belai dan bergurau senda bersamanya. Jangan bila dirumah hanya sibuk dengan urusan sendiri tanpa menyedari isteri dipinggirkan mengelamun sendiri.

Check Also

kelebihan puasa ramadhan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *