Home » Kesihatan » Demam Denggi Dan Tanda-Tandanya

Demam Denggi Dan Tanda-Tandanya

Demam Denggi Dan Tanda-Tandanya. Apakah yang dikatakan demam denggi? Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Jenis demam denggi yang merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Demam Denggi Dan Tanda-Tandanya
Nyamuk aedes

Bagaimanakah terjadinya demam denggi? Pembawa demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah.

Tanda-Tanda Demam Denggi

  1. Demam kuat secara mengejut
  2. Demam yang berterusan
  3. Rasa sakit pada otot, tulang, sendi dan mata
  4. Timbul ruam atau bintik merah di kulit
  5. Sakit kepala
  6. Hilang selera makan
  7. Muntah-muntah dan sakit perut
  8. Gatal-gatal pada badan

Cegah tempat pembiakan nyamuk aedes untuk mengelakan jangkitan denggi.

Check Also

Makanan Untuk Kulit Cantik

Makanan Untuk Kulit Cantik Dan Sihat

Tahukah anda apakah jenis makanan untuk kulit cantik dan sihat. Selain dari menggunakan produk kecantikan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *