Home » Kesihatan » Jenis Makanan Tinggi Kalsium

Jenis Makanan Tinggi Kalsium

Jenis Makanan Tinggi Kalsium. Tahukah anda fungsi kalsium kepada tubuh badan? dan apakah makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi?

FUNGSI KALSIUM
1- Tahukah anda kalsium sangat diperlukan dalam proses tumbesaran terutama kepada kanak-kanak. Jika kekurangan kalsium, pembesaran akan terganggu.
2- Kalsium dapat mengatasi masalah pereputan tulang terutama kepada yang telah berusia.
3- Dapat membantu mempercepatkan pembekuan darah ketika terluka.
4- Kalsium juga dapat membantu kesihatan gigi anda.

Jenis Makanan Tinggi Kalsium
Jenis Makanan Tinggi Kalsium

JENIS MAKANAN MEMPUNYAI KALSIUM TINGGI

Susu
Tahukah anda bahawa dengan minum segelas susu akan menghasilkan kalsium sebanyak sebanyak 270 mg. Amalkan minum susu secara rutin untuk mengekalkan keperluan kalsium anda.

Yoghurt
Yoghurt dapat membantu melancarkan penghadaman selain itu Yoghurt memiliki kandungan mineral dan zat yang banyak.

Bayam
Bayam adalah makanan tinggi kalsium dimana mampu menghasilkan 200 mg kalsium.

Brokoli
Brokoli adalah makanan tinggi kalsium selain memiliki serat tinggi dimana sesuai untuk diet sihat. Brokoli mempunyai kandungan kalsium sebanyak 180mg.

Minyak Bijan
Minyak bijan juga tersenarai dalam makanan tinggi kalsium. Biarpun digunakan dalam jumlah yang sedikit, tetapi setiap 1 auns biji bijan ini mempunyai kandungan kalsium yang tingggi iaitu sebanyak 280mg.

Jadi antara makanan diatas rasanya adalah makanan yang biasa anda makan setiap hari. Pastikan anda tahu kelebihan dan kepentingan setiap jenis makanan kepada tubuh badan anda.

Check Also

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan

Khasiat Durian Belanda Untuk Kesihatan. Pasti yang suka akan buah durian belanda atau dikenali dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *