Home » Gaya Hidup » Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan sepanjang sebulan berpuasa. Selain meningkatkan amal ibadat, waktu berpuasa juga adalah masanya kita meningkatkan tahap kesihatan.

kelebihan puasa ramadhan
Kelebihan puasa pada bulan ramadhan untuk kesihatan

Dari sudut pandangan Islam antara hikmah yang boleh kita dapat adalah mengelakan diri daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar. Dapat juga melipatkan gandakan pahala kerana bulan ramadhan adalah bulan yang penuh berkat dan sangat dinantikan.

Berpuasa di bulan ramadhan juga ada kelebihan atau manfaat untuk kesihatan. Berikut adalah beberapa kelebihan puasa Ramadhan.

Kelebihan Berpuasa

Inilah masa untuk anda mengurangkan berat badan. Tidak perlu memikirkan diet yang merimaskan. Bila bulan ramadhan tidak perlu memikirkan makan tengah hari dan juga sarapan pagi. Namun harus diingat juga jangan berlebihan ketika berbuka puasa.

Berpuasa juga dapat mengurangkan gula dalam darah. Ini kerana tiada pengambilan gula pada waktu selepas sahur hinggalah berbuka puasa dapat menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan insulin.

Mahu kurangkan kadar kolesterol inilah masanya. Berpuasa dapat membantu kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein). Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan secara semulajadi.

Pengidap penyakit darah tinggi atau hypertension ini masanya. Berpuasa dapat mengurangkan tekanan darah. Ini berlaku kerana tahap insulin yang lebih rendah dan kadar glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

Perokok tegar akan merana bila tidak merokok pada hari biasa. Namun agak pelik bila tiba ramadhan kerana mereka mampu tidak merokok dari waktu sahur hingga berbuka. Bulan puasa juga adalah masa yang sangat sesuai untuk melatih diri daripada berhenti merokok. Ubah gaya hidup anda kepada yang lebih sihat.

Berpuasa dapat merehatkan sistem badan manusia. Selain sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Kurangkan aktiviti berat semasa bulan puasa.

Ketika berpuasa daya ingatan akan semakin kuat. Ketika puasa tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Sebab itu otak akan berfungsi lebih baik dan sangat sesuai belajar ketika berpuasa. Otak tidak perlu memfokuskan kepada sistem pencernaan.

Ketika berpuasa perut akan mengeluarkan segala bahan-bahan buangan berbahaya yang disingkirkan dari proses detoksifikasi. Banyak toksik yang kita dapat melalui pemakanan yang tidak seimbang. Jadi bulan puasa inilah masa yang sesuai untuk membuang toksik secara semula jadi.

Banyak lagi kelebihan puasa ramadhan untuk kesihatan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat menjalani ibadah puasa. Kalau bukan bulan ramadhan juga boleh berpuasa sunat atau puasa ganti jika ada tertinggal.

Check Also

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi. Tahukah anda cara mandi juga boleh mendatangkan masalah …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *