Home » Gaya Hidup » 5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi. Tahukah anda cara mandi juga boleh mendatangkan masalah kepada kulit. Walau pun mandi itu untuk membersihkan badan, namun dengan sedikit kesalahan yang mudah akan membuatkan anda terdedah kepada masalah kulit.

5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi
5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

Oleh itu cuba elakkan melakukan perkara dibawah agar kulit anda sentiasa sihat.

Air Terlalu Panas
Tahukah anda bahawa air panas menjadikan kulit kering dan tidak stabil. Ia merosakan lemak kulit dengan kadar yang banyak. Dengan ini akan membuatkan kulit tiada pertahanan akibat kehilangan pelindung. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatkan aliran darah yang boleh membawa kepada erythema, radang dan ruam.

Mandi Terlalu Lama
Ramai yang suka mandi dengan jangka waktu yang lama. Tahukah anda bahawa mandi yang terlalu lama akan mengeringkan kulit. Ini akan menyebabkan ruam dan gatal-gatal. Tempoh terbaik untuk mandi adalah kira-kira 10 minit. Duduk dalam bilik air terlalu lama pun tidak bagus, banyak syaitan.

Kerap Menggunakan Gel Berbuih
Semakin banyak buih terdapat bahan-bahan mandian adalah tidak bagus. Bukan tidak boleh tetapi jangan terlalu kerap. Ini akan menyebabkan kekurangan lapisan minyak semula jadi yang selama ini melindungi kulit. Secara tidak langsung akan membawa kepada kekeringan dan kekasaran kulit. Di samping itu, jika anda ada menggunakan sabun antibakteria ketika anda tidak menghadapi masalah kulit, tidak perlu untuk menggunakannya setiap hari. Cukup sekadar perlu atau seminggu 2 kali.

Menggunakan Span Lama Dan Basah
Span basah atau sudah terlalu lama adalah tempat yang sesuai untuk bakteria dan pertumbuhan kulat. Oleh itu adalah lebih baik untuk menukar span sekali setiap 4 minggu. Adalah sangat disarankan mengeringkan span setiap kali selepas digunakan.

Mengeringkan Badan Secara Kasar
Selepas mandi keringkan badan anda dengan tuala lembut. Biarkan badan anda sedikit lembap. Jangan lap badan anda seperti mengosok bontot kuali. Kemudian gunakan krim kegemaran anda dan kulit anda akan kekal licin dan sihat.

Itulah 5 kesalahan yang sering dilakukan ketika mandi yang kekadang kita buat tanpa tidak sedar atau sememangnya sudah menjadi tabiat. Ubah cara mandi anda, lindungi kulit dengan cara mudah.

Check Also

kelebihan puasa ramadhan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan

Kelebihan Puasa Ramadhan Untuk Kesihatan memang tidak boleh dinafikan. Ada beberapa kelebihan yang boleh dimanfaatkan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *