Home » Kesihatan » Khasiat Buah Kurma Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Kurma Untuk Kesihatan

Tahukah anda akan khasiat buah kurma untuk kesihatan tubuh badan manusia. Bila menjelang bulan ramadhan, buah kurma menjadi popular terutama untuk berbuka puasa. Memakan kurma ketika berbuka adalah salah satu sunnah nabi. Berbagai khasiat yang boleh didapati jika selalu mengamalkan memakan buah kurma. Jangan hanya ketika berbuka atau sahur sahaja. Makanlah pada kadar yang kerap seperti anda memakan buah-buahan lain.

khasiat buah kurma

Apa itu buah kurma? Buah Kurma atau nama sainsnya Phonex dactylifera dan dipanggil juga Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Khasiat buah ini telah terbukti secara saintifik. Dalam kitab suci al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Khasiat Buah Kurma

Menerusi kajian sains kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 63%. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional kerana kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Berikut adalah beberapa khasiat buah kurma untuk kesihatan atau pada tubuh manusia.

Buah kurma kaya dengan serat berbanding buah-buahan lain. Tahukah anda serat adalah salah satu zat yang berfungsi membersihkan usus. Jadi kandungan serat ini membantu menjaga sistem pencernaan manusia.

Kandungan mineral yang tinggi seperti magnesium, sulfur, potassium, kalsium dan boron dalam buah kurma dapat membantu mencegah kanser otak.

Kurma merupakan sumber tenaga yang baik. Sebab itu digalakkan atau sangat sesuai untuk orang yang berbuka puasa untuk mendapatkan tenaga segera.

Kurma merupakan sumber antioksidan yang sangat bagus dimana fungsi antioksidan adalah melindungi tubuh dari radikal bebas yang dapat menyebabkan kanser.

Kandungan kalium yang terdapat dalam buah kurma dapat menjaga kesihatan jantung. Ini kerana kalium dapat menstabilkan denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot-otot jantung, dan mengatur tekanan darah.

Kurma juga rendah natrium namun tinggi akan kalium yang jumlahnya meningkat seiring tingkat kematangannya sehingga. Oleh itu ianyan sangat sesuai buat pengidap penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Kandungan zat besi dan kalsium pada kurma berperan dalam pembentukan sel darah merah. Selain itu kandungan asam askorbatnya juga baik untuk menjaga ketersediaan zat besi dalam tubuh sehingga proses produksi hemoglobin dapat berlangsung dengan baik. Sangat sesuai untuk wanita hamil yang sering mengalami masalah kekurangan darah.

Masalah sukar untuk tidur atau insomania boleh diatasi dengan mengamalkan memakan buah kurma. Kandungan vitamin B3 dalam buah kurma dapat membantu anda mengurangi gejala insomnia.

Begitulah sebahagian dari khasiat buah kurma untuk kesihatan. Banyak lagi manfaat buah ini. Bukan sahaja dari segi sains namun dalam agama islam sendiri banyak disebut akan khasiat buah ini.

khasiat buah kurma untuk ibu mengandung
khasiat biji kurma
manfaat buah kurma untuk diet
khasiat buah kurma ajwa
manfaat kurma untuk kesuburan

Berbuka Puasa Ramadhan Dengan Buah Kurma

Buah kurma mempunyai kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan tenaga segera yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain. Boleh juga cuba Jus susu kurma ini untuk kesegaran dan tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad.

Check Also

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

Tanda Awal Sakit Buah Pinggang. Tahukah anda apa itu buah pinggang atau juga dikenali sebagai …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *